Cari Post lain disini

Sunday, January 3, 2021

Wang Kertas Malaysia RM1000 A/1 000001 Menghiasi Kalatog Spink 8 Oktober 2007

Katalog Auction Spink 8 Oktober 2007

Siapa sangka wang kertas Malaysia bernilai muka RM1000 yang memiliki "low number" A/1 000001 pernah menghiasi muka hadapan katalog Auction Spink, 8 Oktober 2007. Kenapa wang kertas tersebut  dipilih sebagai gambar muka hadapan? 

Kebiasaannya, item yang dipilih menghiasi muka hadapan sesuatu katalog atau buku adalah sesuatu yang menarik minat atau "key" dalam sesuatu acara. Boleh jadi ianya sesuatu yang unik dan jarang-jarang kita dapat lihat atau memilikinya. 

Bagi mereka yang belum tahu, wang kertas yang dipilih menghiasi muka hadapan katalog tersebut adalah denominasi paling besar bagi matawang kertas Ringgit pertama Malaysia yang dicetak pada tahun 1967, di tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) kedua iaitu Tun Ismail Mohamed Ali.

Wang kertas siri pertama ini dikeluarkan dalam enam (6) denominasi dengan masing-masing bernilai muka RM1, RM5, RM10, M50, RM100 dan RM1,000 serta memiliki nombor siri yang sama A/1 000001. Nombor siri tersebut juga dikenali oleh peminat dunia hobi numismatik sebagai prefix pertama dengan "low number", sesiapa yang memiliki wang kertas ini sangat bertuah.

Setakat yang mykoleksi tahu, set 6 keping wang kertas tersebut dahulunya dihadiahkan oleh Tun Ismail Mohamed Ali kepada Agong pertama ketika itu, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad lengkap bersama folder rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1967.

Kenapa wang kertas RM1000 tersebut dipilih menjadi "hero" bagi katalog auction Spink kini terjawab, sudah pasti set tersebut hanya ada satu (1) sahaja dalam dunia dan sudah pasti akan menjadi rebutan dalam acara lelongan tersebut.

Sebagai rekod, kumpulan CIMB berjaya membawa pulang enam keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan yang dianjurkan oleh pihak Spink di London pada 8 Oktober 2007

Set Enam (6) Keping Wang Kertas Siri Pertama Dengan Anggaran Bidaan £20,000 - £30,000

Menurut kenyataan CIMB, “Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700),” katanya.

Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 17 Julai 2008 Bertajuk "CIMB Bawa Pulang 5 Wang Kertas Pertama Malaysia"?

Itulah sedikit sebanyak yang dapat mykoleksi kongsikan dengan anda semua tentang apa yang menjadikan katalog Spink 8 Oktober 2007 sangat menarik untuk disimpan sebagai koleksi. Tak dapat simpan set wang kertas pertama dengan prefix A/1 000001, simpan katalog Spink pun jadilah.

Yang ada koleksi katalog Spink,

my-koleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute