Cari Post lain disini

Wednesday, May 26, 2021

MALACCA COINS (1970)

Muka Hadapan & Belakang Buku

Buku "Malacca Coins" merupakan sebuah buku berkaitan numismatik dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh "Museums Department State of Malaya", Kuala Lumpur yang kini dikenali dengan Jabatan Muzium Negara. Cetakan pertama pada 1970 dan dijual pada harga $7.00.

Buku ini membincangkan mengenai matawang yang pernah digunakan di Melaka merangkumi syiling dari Kesultanan Melayu Melaka sekitar 1400-1511 A.D di bawah pemerintahan beberapa orang Sultan yang berlainan, pendudukan Portugis 1511-1641 dan akhirnya Pendudukan Belanda 1641-1795. Terdapat gambar matawang yang digunakan di Melaka yang diambil dari Muzium Negara Kuala Lumpur, Muzium Negara Singapura dan Muzium British.

Sebahagian besar duit syiling Portugis-Melaka yang digambarkan telah dilukis daripada foto kerana banyak spesimen yang terdapat di Muzium dilapisi dengan lilin atau plastik untuk mengelakkan ianya perpecahan atau rosak. 

Antara Maklumat Dalam Buku "Malacca Coins"

Bagi mykoleksi, buku atau katalog yang mengandungi 21 muka surat ini sangat menarik dan berinformasi. Isi kandungan yang terdapat dalam buku adalah seperti berikut;

1.    The Malay Sultanate c. 1400 -1511 A.D.
  • Sultan Muzaffar Shah (1445 – 1459)
  • Sultan Mansur Shah (1459 – 1477)
  • Sultan Ala’u’din Riayat Shah (1477 – 1488)
  • Sultan Ahmad (1510)

2.    Portuguese Occupation 1511 – 1641
  • Dom Manoel I (1495 – 1521)
    • First Issue 1511 (D’ Albuqueque’s Coinage)
    • Second Issue (Ruy de Brito’s Coinage)
    • Third Issue (1517 – 1521)

  • Dom Joao III (1521 – 1557)
  • Dom Sebastiao (1557 – 1578)
  • Dom Fillippe I (1580 – 1598)
  • Dom Fillippe II (1598 – 1621)
  • Dom Fillippe III (1621 – 1640)
  • Dom Joao IV (1640 – 1656)

3. Dutch Occupation 1641 – 1795
  • Portuguese Currency
  • Other Currency

4. British Occupation
5. Conclusion

Buku “Malacca Coins” ini telah dicetak semula oleh Muzium Negara Malaysia tetapi isi kandungan buku ini masih sama. Bagi mykoleksi, sudah sampai masanya pihak muzium mengemaskini maklumat dalam buku ini. Sudah pasti dalam tempoh 51 tahun (sekarang tahun 2021) buku tersebut diterbitkan, mungkin sudah ada penemuan terkini ditemui oleh pengkaji matawang Melaka.

Buku Cetakan Semula "Malacca Coins" Berwarna Biru (Kanan) - Depan

Buku Cetakan Semula "Malacca Coins" Berwarna Biru (Kanan) - Belakang

Sekiranya anda memiliki koleksi buku "Malacca Coins" yang asal, terdapat satu kertas kecil yang dilekatkan dalam buku tersebut yang dipanggil "errata" iaitu pembetulan kepada kesilapan semasa cetakan atau penulisan contoh pada figure 5 dan 7.

"Errata" Pada Figure 5 & 7

Harap lepas ni tak ada lagi yang keliru tentang buku "Melacca Coins" cetakan pertama dan cetakan semula daripada buku asal. Bagi mykoleksi, tidak kisah buku asal atau cetakan semula yang anda miliki sebagai koleksi. Kandungan dan ilmunya tetap sama, apa yang penting anda membaca buku "Melacca Coins" untuk menambah pengetahuan anak tentang matawang Melaka.

Ringkasan:

Tajuk: Malacca Coins
Penulis/Penyunting: William Shaw dan Mohd Kassim Haji Ali
Tarikh Dikeluarkan: 1970 (Cetakan Pertama)
Harga: $7.00
Jumlah Mukasurat: 21
Penerbit: Jabatan Muzium Negara

Yang minat matawang Melaka,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute