Cari Post lain disini

Tuesday, May 25, 2021

MATAWANG - Panduan - Bank Negara Malaysia (1985)

Muka Hadapan & Belakang Katalog

Katalog MATAWANG - Panduan - Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikeluarkan oleh Bahagian Setiausaha Bank Negara Malaysia pada Disember 1985. Tiada gambar matawang di dalam katalog ini tetapi hanya ada catatan ringkas sahaja berkenaan matawang yang pernah digunakan di Tanah Melayu atau Malaya atau Malaysia. 

Harga jualan semasa dikeluarkan pada tahun 1985 hanya 30 sen sahaja, mykoleksi beli katalog tersebut dalam tahun 2018 dengan harga RM20 (kalau tak salah) iaitu lebih kurang 66 kali ganda daripada harga asal.

Harga Asal Katalog 30 Sen

Jika dilihat dengan usia 33 tahun dan keadaan buku tersebut, bagi mykoleksi pembelian tersebut berbaloi. Setidak-tidaknya mykoleksi dapat menyelamatkan salah satu khazanah dunia hobi numismatik, nak membeli sesuatu mestilah ada ilmu dan set harga mengikut bajet anda. 

Katalog dwibahasa ini hanya ada 24 mukasurat bercetak tidak termasuk muka hadapan;

  1. Bahasa Melayu 12 mukasurat
  2. Bahasa Inggeris 12 mukasurat

Sebahagian Isi Kandungan Katalog

Dalam buku ini terdapat 'Catatan Ringkas Mengenai Warisan Matawang Kita' yang disampaikan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris)

Terdapat penerangan ringkas tentang

  1. Evolusi matawang
  2. Matawang Negeri-negeri Selat
  3. Wang Kertas Zaman Penaklukan Jepun 1942 - 1945
  4. Lembaga Suruhajaya Matawang
  5. Keluaran Matawang Bank Negara Malaysia
  6. Wang Kertas Malaysia (Siri Baru)

Berdasarkan pemerhatian mykoleksi, katalog ini agak sukar untuk diperolehi sekarang kerana mungkin banyak yang telah rosak. Tidak banyak info yang mykoleksi perolehi berkenaan katalog ini.

Ringkasan:

  1. Tajuk: MATAWANG - Panduan - Bank Negara Malaysia
  2. Penulis/Penyunting: -
  3. Tarikh Dikeluarkan: Desember 1985
  4. Harga: 30 Sen
  5. Jumlah Mukasurat: 24 Mukasurat (12 Bahasa Melayu/12 Bahasa Inggeris)
  6. Penerbit: -

Yang sekadar berkongsi,

mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute