Cari Post lain disini

Monday, June 16, 2014

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40 akan dijual pada 27 Jun 2014 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syiling tersebut, anda boleh rujuk Website Bank Negara Malaysia.

Rekabentuk Duit Syiling Peringatan

Sememangnya inilah saat yang dinantikan oleh semua pengumppul matawang termasuklah aku, rasa seronok pun ada bila dengar cerita BNM nak keluarkan Duit Syiling Peringatan baru. Sudah pasti aku ingin mendapatkkannya nanti sebagai koleksi peribadi, sanggup aku ambil cuti tahunan untuk memeriahkan lagi acara beratur di MAG (tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak).

Tapi bila tengok rekabentuk syiling peringatan tersebut aku rasa macam tak nak beli pun ada, rasa kurang daya penarik. Kenapa pula?......sebab rasa macam kosong/tak ada aura. Hati aku berkata "tak payah belilah, buang duit saja.....rekabentuk tak menarik".....tetapi aku lawan juga kerana aku seorang "collector", walaubagaimana rupanya aku tetap akan beli untuk disimpan sebagai koleksi.

Tak Beli  Rasa Rugi
Beli Untuk Tambah Koleksi
Rekabentuk Rasa Sakit Hati
Nak Pergi Beli Kena Ambil Cuti

Disebabkan itulah aku terpanggil untuk memberi pandangan berkenaan Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40, Duit Syiling Peringatan kali ini kurang menyerlah dari segi REKABENTUK dan ISI. Nampaknya BNM seperti ketandusan idea untuk menghasilkan Duit Syiling Peringatan yang menarik. Adakah orang akan berebut-rebut untuk beli Duit Syiling Peringatan tersebut? Siapa kata "orang" tak nak beli.........Betul, "orang" akan beli tetapi "orang" yang macam mana akan beli?

1. "Orang" = "Collector"
  • Macam aku tulis tadi, walaupun rekabentuknya tidak menarik. Golongan ini akan tetap beli sebab mereka memang sangat minat dengan Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru, jadi......mereka akan tetap beli untuk lengkapkan koleksi. Selalunya, mereka tidak akan jual koleksi yang ada walaupun lebih :D

2. "Orang" = "Collector" + Ada Lebih Jual
  • Ramai mereka sekarang dan bagi aku bagus, setidak-tidaknya mereka juga "Collector" dan jual barang/koleksi yang dibeli lebih untuk mendapat modal tambahan untuk membeli koleksi yang belum ada. Rekabentuk juga kadang-kadang diberi keutamaan oleh mereka,  ada juga segelintir yang akan beli syiling peringatan yang mereka rasa menarik sahaja dan kalau rasa tak menarik.......mereka tak akan beli.

3. "Orang" = Beli Untuk Jual
  • Golongan ini akan tetap beli dan tak kisah rekebentuknya macam mana pun asalkan mereka boleh buat duit (ASAL BARANG JADI DUIT), mereka bukan "Collector" tetapi penjual Matawang Lama dan Baru. Mereka akan selalu memperkenalkan diri mereka sebagai "Collector", nak kenal mereka ni senang saja....kalau buka FB boleh lihat diorang akan buat tayangan barangan koleksi mereka ala-ala MLM (1 jenis Duit Syiling Peringatan dengan kuantiti yang banyak). Kalau sesiapa tak ada masa nak pergi BNM 27hb nanti bolehlah "order" dengan mereka.....harga jangan tanyalah, mesti dah "UP", dengar cerita ada seorang "member" yang sedara/famili beliau ada kerja dengan BNM. Beliau selalu ambil "order" awal -  NOTE: Harap BNM dapat pantau perkara ini, macam salah guna saja?. Sekarang, boleh dikatakan hampir 80% golongan ini wujud dalam dunia NUMISMATIK dan mereka inilah yang suka manipulasi harga semasa barangan NUMISMATIK. Adakah kita perlu BOIKOT mereka?? terpulanglah pada anda.....duit anda punya, barang dia punya. Sekiranya anda rela dipermainkan.....terserahlah, kalau rugi suatu masa nanti....anda sendiri yang tanggung.

Berbalik kepada tujuan asal aku, topik kali ini aku tulis bertujuan untuk memberi pandangan berkenaan Duit Syiling Peringatan baru. Aku rasa rekabentuknya kurang menarik, harap pihak berkenaan khasnya BNM dapat berbuat sesuatu supaya syiling peringatan yang akan datang lebih menarik dan berkualiti hasilnya. Dibawah aku senaraikan beberapa sebab syiling peringatan kali ini kurang daya penarik/aura (sekadar padangan peribadi aku)

1. Rekabentuk muka hadapan yang "simple", tidak simetri dan nampak "kosong"


Rekabentuk Bahagian Hadapan

  • Cuba anda lihat, gambar KLCC dan Tembok Besar China, keadaannya bagi aku tak simetri, kalau boleh diletak diatas penimbang.....mahu berat sebelah nanti. 
  • Tembok Besar China pula diukir sehingga termasuk kekawasan Malaysia (Merujuk kepada Bendera Malaysia)
  • Selain daripada KLCC dan Tembok Besar China, BNM boleh masukkan/ukir bangunan atau subjek lain yang menggambarkan ikon Malaysia dan China kerana masih terdapat ruang kosong terutama sekali disebelah KLCC.
  • Bendera Malaysia dan China lagi menarik sekiranya dibuat seolah-olah sedang berkibar.

2. Rekabentuk muka belakang hampir sama dengan Duit Syiling Peringatan yang sedia ada

Rekabentuk Bahagian Belakang

  • Tidakkah anda rasa yang rekabentuk bahagian belakang (latar langit) tersebut seakan-akan sama dengan Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia? boleh rujuk gambar dibawah;
Bahagian Hadapan - Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia

  • Rekabentuk bahagian belakang pun nampak biasa sahaja, tidak nampak disitu "X" Faktor yang cuba diketengahkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian;

Aku hanya sekadar memberi pandangan dan tidak lebih dari itu, aku faham mereka yang terlibat dalam merekabentuk Duit Syiling Peringatan tersebut mesti terdiri daripada mereka yang hebat....sudah pasti rekabentuk yang dihasilkan oleh mereka membawa maksud yang tersendiri yang mungkin tidak tercapai oleh aku untuk memikirkannya. Rasanya tidak salah untuk mendengar pandangan aku yang hanya seorang "Blogger" dan "Collector" biasa.

Sekiranya apa yang aku tulis ini mendatangkan manfaat dan boleh memperbaiki kekurangan yang ada, tak salah untuk diambil perhatian oleh pihak yang berwajib. Syiling Peringatan boleh kategorikan sebagai "Duta Kecil" sama seperti SETEM yang boleh memperkenalkan Malaysia di Dunia.

Aku ada buat beberapa "Sketch" untuk dikongsi disini, tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku ada sedikit idea untuk disumbangkan sekiranya diberi peluang. Aku telah hasilkan 2 "sketch" yang berbeza untuk bahagian hadapan dan belakang mengikut idea asal yang dihasilkan oleh BNM. Aku ambil masa tak sampai 10 minit untuk "sketch" sementara aku menunggu "Test Equipment" lab aku "UP".

Rekabentuk Bahagian Hadapan Duit Syiling Peringatan

Rekabentuk Bahagian Belakang Duit Syiling Peringatan

Sidang pelawat blog my-koleksi yang dikasihi;

Anda boleh abaikan "sketch" yang aku buat dan tak perlu komen pun kerana apa yang aku nak sampaikan disini bukan tentang hasil kerja aku tetapi untuk memberitahu sekiranya BNM memberi peluang kepada "Blogger" atau "Orang Luar" untuk menyampaikan idea mereka untuk sesuatu Syiling Peringatan baru. Rasanya hasil yang bakal diperolehi nanti lagi menarik, lebih menarik dari apa yang aku "sketch". Sebelum ini, BNM juga pernah mengadakan pertandingan seumpamanya....lihat hasilnya, rekabentuk Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia sangat menarik dan kreatif.


Adakah BNM tak mahu adakan pertandingan disebabkan oleh hadiah? rasanya hadiah tidak menjadi masalah besar. Hadiah tak perlu hebat pun, kalau dapat sediakan hadiah yang "simple" dan bermakna rasanya cukup memadai. Aku cadangan, apa kata BNM bagi hadiah seperti dibawah;
  1. Tempat 1st  = Set of 3 + Sijil Penghargaan BNM
  2. Tempat 2nd = Set of 2 + Sijil Penghargaan BNM
  3. Tempat 3rd = Single Silver + Sijil Penghargaan BNM
  4. 10 x Saguhati = 1 Coin Card + Sijil Penghargaan BNM

Menarik tak?? apa!!!......tak menarik? jangan tamak sangat, kita mesti belajar bersyukur. Bagi aku cadangan hadiah diatas dah cukup hebatkan dan berbaloi! :D

Topik aku kali ini bukan bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi sekadar untuk menyuarakan pandangan aku sahaja. Kalau boleh diterima....Alhamdulillah tapi kalau nak abaikan pun aku tak kisah, apa yang penting aku dah sampaikan pandangan. Aku juga faham......aku hanya seorang "Blogger" biasa yang tidak ada apa-apa.......semua yang aku buat adalah untuk Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia.

Ikhlas
my-koleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute