Merbok, 31 Mei 2014 bertempat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah berlangsung Pameran dan Jualan Matawang Lama dan Barangan Antik yang dianjurkan oleh pihak Muzium dengan kerjasama Kelab Numismatik Utara.
Aku tiba di Aloq Staq pada pukul 6 pagi (kalau tak salah aku) dan terus aku ambil Teksi balik ke rumah aku untuk tidur........baru aku tau yang tambang teksi dari Aloq Staq ke rumah aku sekarang dah naik.....RM35!, mahai atau murah aku tak tahu sebab dah lama tak naik Teksi dekat kampung. Pukul 11 lebih bermulalah perjalanan aku ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dengan bantuan Bapa Mertua aku bertindak sebagai penunjuk jalan a.k.a GPS, dengan kereta pinjam yang telah di"sponser" oleh adik ipar......aku pun bergerak ke lokasi dengan penuh semangat. Jauh juga perjalanan kesana rupanya, kalau bapa mertuaku yang dikasihi tak menunjuk arah....dah tentu aku sesat baghat nak sampai ke tempat yang dituju.
Jalan ke Muzium melalui Taman Rekriasi Tupah
Inilah simpang 3 menuju ke Muzium, sila ambil kiri........lepas tu, anda akan melalui jalan untuk ke Taman Rekriasi Tupah (popular tempat ni suatu masa dahulu)...boleh klik laju-laju dekat link ni :D. Jauh lagi tuan-tuan nak sampai, relax dulu dan teruskan perjalanan anda. Kalau rasa mengantuk jangan lupa berhenti lepak-lepak dulu......dan pekena teh tarik segelas dua, hangpa semua nak tau tak......teh tarik dekat kedah ni lain macam sikit rasanya....sluuppps....sluuup...
Lokasi dan pintu masuk Muzium Arkeologi, Lembah Bujang
Tu dia, tempat yang dituju hampir sampai, kalau masa ni korang berangan lagi mau terus ke Tanjung Dawai. Ok, kita dah sampai pun ke Muzium Arkeologi, Lembah Bujang.... nampak tak tu dekat pintu pagar ada tulis apa......sila baca. Selama 34 tahun aku hidup.....inilah kali pertama aku sampai ke Muzium Arkeologi secara fizikal kerana sebelum ni aku hanya sampai dengan "GOOGLE MAPS" sahaja :D.
Kalau hang pa semua nak tau, sebelah kiri sebelum masuk ke muzium tu ada kedai jual minuman dan makanan.....masa aku lalu melepasi kedai tersebut....aku tengok macam menarik saja cucur udang yang depa jual, tak sama dengan yang dijual di Kolompo sana tu.....tapi aku tak sempat nak rasa pun sebab dok kejaq masa, al maklumlah datang dengan famili.......depa pula dok tak sabaq nak p Tanjung Dawai.
Gerai Pak Ngah and the Geng (kiri), sebelah kanan tu pula gerai jualan Simerah Selanggar dan Mohamad Mufti Osman
Simerah Selanggar sedang sibuk melayan pelanggannya, banyak betul koleksi yang dia bawa masa pameran tersebut
Di gerai Pak Ngah bukan saja ada jual matawang lama dan baru tetapi ada juga jual jam tangan lama, Pak Ngah....ada kawan tanya pasai jam tangan lama tu boleh PM harga tak?
Masa aku sampai tu tak berapa ramai orang sangat dan gerai jualan dan pameran pun ada 2 sahaja tapi menurut mereka disana, sebelah pagi ada ramai juga yang datang....petang tu ada gerai yang tutup awai. walaupun ada 2 gerai sahaja petang tu, boleh tahan juga barangan yang ada disana...kalah Amcorp Mall habaq hang....
Suasana di gerai jualan sekitar pukul 2.45 petang
Lebih kurang dalam pukul 2.45 petang orang dah bertambah ramai sikit.....ada bas dari mana tah datang (aku tak ingat) untuk melawat muzium, masa tu aku dah keluar dari muzium untuk melawat candi yang ada atas bukit sana tu.....aku ingat dekat rupanya jauh boleh tahan juga, penatlah se"round" dua ditambah pula dengan cuaca yang panas terik masa tu.
Koin Semar a.k.a Syiling Emas Pulau Nangka
Inilah berita sensasi yang ditunggu-tunggu kan....cerita Syiling Pulau Nangka, mau ada yang sentap bila tengok syiling tersebut. Aku terjumpa syiling tersebut di gerai jualan Simerah Selanggar dan Mohamad Mufti Osman....kondisi syiling ini tak secantik yang ditemui di Pulau Nangka. Ini menunjukkan yang Koin Semar boleh berada dimana-mana sahaja sekiranya ada yang membawanya. Aku ada minta nak beli syiling tersebut dengan harga RM1 juta tapi depa tak mau juai sebab depa kata "syiling tu bernilai lebih dari RM1 juta ringgit dan mungkin mencecah berbilion ringgit" sebab harta ini Ahmad Albab yang punya.....Ahmad Albab......Ahmad Albab.........ahahahahah
Begitulah cerita karut rekaan aku semata-mata tiada kaitan dengan mana-mana syarikat, negeri, negara, badan pertubuhan dan seumpamanya dan juga orang perseorangan. Aku diberi tahu yang syiling tersebut sudah dibeli/ambil oleh pihak Muzium (sila betulkan sekiranya aku silap tulis) tapi terlupa pulak nak tanya dengan mereka muzium mana....mungkin di Muzium Arkeologi Lembah Bujang kot.
Sila ambil perhatian!!!..... maklumat terkini yang aku dapat berkenaan Koin Semar a.k.a Syiling Pulau Nangka yang ada semasa pameran di Muzium Arkeologi Lembah Bujang (MALB). Ianya bukan dibeli oleh mana mana Muzium seperti yang aku tulis sebelum ini tetapi sebenarnya ia milik seorang Staf Muzium MALB yang dipinjamkan kepada Mohamad Mufti Osman untuk dikongsi kepada pengunjung pada hari tersebut. Anda boleh rujuk gambar dibawah:
Aku minta maaf diatas maklumat yang kurang tepat dan terima kasih diucapkan kepada Jie Man yang telah memberi maklumat berkenaan syiling tersebut :D.
RARE "Business Card" Pak Ngah, 100 keping saja berjaya diedarkan sebelum ditarik balik oleh kedai pencetakkan :D...lepas ni mau harga melambung naik sampai RM2000 sekeping
Kalau anda berkunjung disana masa tu, mesti akan beli souvenir...menarik-menarik belaka barang di sana, rugilah siapa yang tak pergi
"Fridge Magnet" wang kertas baru Malaysia terkini, kalau berminat boleh PM Simerah Selanggar dan Mohamad Mufti Osman.
Masa aku dan famili tengah sibuk mengkaji Candi dan batuan di sana, aku telah didatangi oleh dua orang cewek Indonesia di bawah dan mereka ingin menemu-ramah aku. Aku dengan ramah pun membiarkan sahaja mereka berbuat demikian....ceeeewahhh. Rupa-rupanya 2 cewek tersebut merupakan pelajar PHD dari Universitas Utaras Malaysias (UUM Sintok, Kedah). Manis betul cewek-cewek ni, nasib baiklah anak-anak dan wife aku ada sama masa tu.....kalau tak, mau dah kena ngorat cewek-cewek tu.
Dini (kiri) - PHD Multimedia dan Etri (kanan) - PHD Banking, yang interview aku tu adalah Dini
Mai aku cerita sikit apa yang mereka nak tahu dari aku, Cik Dini tengah mengusahakan satu jenis "App" yang boleh digunakan oleh "Smart phone" untuk kita lebih paham bahan Sejarah sebagai contoh Candi yang ada di Muzium Arkeologi, Lembah Bujang. Kalau nak cerita semuanya, mau 18 muka surat topik aku kali ni, secara ringkasnya.....banyak jugalah soalan yang depa dua tu tanya dekat aku dan mereka juga minta pandangan aku bagaimana nak menarik minat golongan muda meminati sejarah. Ada beberapa Idea yang aku berikan PERCUMA semasa temuramah tersebut berlansung yang bagi aku boleh dikatakan sangat bernas dan belum pernah difikirkan lagi oleh mereka, harap depa akan merealisasikan Idea tersebut suatu masa nanti......apakah Idea tersebut? biarlah kami sahaja yang tahu....kehkehkehkeh. Aku doakan, kalian berdua sukses....sehingga kita ketemuin lagi :D. Muda-muda lagi dah buat PHD.....tak macam aku ni, lambat nak bertindak dulu :D
Teringat masa aku kerja di Jakarta suatu masa dahulu, cewek-ceweknya sangat cantik dan menarik......:D nak-nak yang satu pejabat dengan aku dulu....hehehe
My-koleksi berjaya bertemu dengan kolektor dari Utara, rasanya tak perlualah dikenalkan lagi sebab semua dah kenal. My-koleksi terus menjadi misteri tapi apa yang pasti aku adalah seorang lelaki yang kacak :D
Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada pihak Muzium dan Kelab Numismatik Utara kerana berjaya mengadakan pameran dan jualan tersebut, bukan senang nak menjalankan sesuatu program. Walaupun ianya ringkas dan sederhana bagi orang lain tetapi bagi aku ini satu permulaan yang sangat baik dan hebat......kalau ada lagi rancangan untuk adakan lagi Pameran dan Jualan Matawang Lama dan Baru lepas ni, bagi tau aku awal-awal....aku boleh tolong buat promosi.
Nampaknya, Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru di Malaysia sudah berkembang. tidak hairanlah sekiranya ia boleh jadi acara tahunan terbesar di Malaysia suatu masa nanti.
No comments:
Post a Comment