Cari Post lain disini

Tuesday, June 26, 2018

Jualan Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan di Sasana Kijang Pada 30 Jun 2018 (Sabtu)

Pengumuman BNM

Jualan wang peringatan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2018

Release Date: 25 Jun 2018

Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM)

Wang peringatan berikut akan dijual mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2018 (Sabtu) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia:
  1. Wang kertas peringatan RM60 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  2. Duit syiling peringatan Emas Nordic bersempena dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
  3. Duit syiling peringatan Emas Nordic bersempena dengan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.
Sumber asal: www.bnm.gov.my

Komen mykoleksi,

Semalam Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penjualan Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan melalui laman sesawang rasmi BNM. Namun tiada maklumat lengkap diberi berkenaan harga, kuantiti dan cara jualan.

mykoleksi nasihatkan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut supaya membuat persediaan seperti berikut:
  1. Tidur secukupnya
  2. Bangun seawal yang boleh
  3. Rancang perjalanan anda
  4. Mengambil sarapan pagi secukupnya
  5. Bawa 'kroni' untuk beratur
  6. Lain-lain yang difikirkan perlu
Persediaan awal sebegini perlu kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti pada 30 Jun 2018 (Sabtu), orang tua-tua kata "sediakan payung sebelum hujan" dan orang muda-muda pula kata "sediakan plan B sampai Z kalau plan A tak jadi".

Anda boleh baca cerita pada pautan dibawah untuk mengetahui pengalaman mykoleksi semasa membeli Duit Syiling Peringatan suatu masa dahulu:
  1. 27 Jun 2014 - Hari Itu Dalam Sejarah di Sasana Kijang
  2. JANGAN Beratur di Sasana Kijang, Ada Entiti Menunggu Anda
Jangan lupa semak harga pada resit pembelian, pastikan harga jualan yang dikenakan adalah GST 0%. Untunglah anda sebab dapat membeli dengan harga murah masa sekarang, mykoleksi doakan anda berjaya mendapat semua koleksi yang diidamkan tanpa menunggu lama.

mykoleksi ada satu soalan nak tanya kepada BNM, ada yang sudi menjawab?

Kenapa BNM tidak buat undian untuk jualan ini?

Perkara baik elok buat tapi perlu ada penambah baikan supaya menjadi lebih baik lagi, elok baca apa yang mykoleksi dah tulis dulu Redhakah Anda Dengan Keputusan Tempahan Wang/Syiling Peringatan BNM

Yang suka komen dan bertanya,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute