Cari Post lain disini

Wednesday, January 25, 2023

Piala Malaysia 102 Tahun

Infografik Piala Malaysia 102 Tahun

Rupanya dah 102 tahun Piala Malaysia, kalau tak kerana infografik yang dikeluarkan oleh akhbar Metro Ahad bertarikh 22 Januari 2023 mykoleksi pun tak sedar pasal ni.

Kenapalah sebelum ini tiada kerjasama oleh "pihak berkaitan" dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keluarkan duit syiling peringatan sempena 100 tahun Piala Malaysia.

Jika ianya dikeluarkan sudah pasti sangat menarik dan boleh dijadikan koleksi bersama-sama duit syiling sempena Kejohanan Piala Thomas/Uber tahun 2000 yang dilangsungkan pada 11 hingga 21 Mei 2000 di Kuala Lumpur.

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Piala Thomas/Uber tahun 2000

Pada masa itu BNM melalui Mariwasa Kraf tangan Sdn. Bhd. telah mengeluarkan duit syiling tersebut pada 2 Mei 2000. 

Duit syiling perak tersebut merupakan yang pertama ditempa oleh Mariwasa sebelum bertukar nama kepada Royal Mint Malaysia, tak percaya boleh tanya En. Ismail Ibrahim.

Kita cuma boleh mengharap untuk ada pengeluaran untuk duit syiling peringatan Piala Malaysia, boleh tahan juga sejarah Piala Malaysia ni. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk infografik atau secara ringkasnya seperti dibawah:

  1. Piala Malaya (1921 - 1932)
  2. Piala HMS Malaya (1933 - 1941)
  3. Perlawanan bola sepak dan ragbi dihentikan kerana Perang Dunia Kedua (1942 - 1947)
  4. Perlawanan bola sepak dan ragbi Piala HNS Malaya diteruskan semula (1948 -1966)
  5. Piala Malaysia (1967 - kini)

Agak-agak anda, akan ada tak duit syiling peringatan sempena 100 atau 102 tahun Piala Malaysia.

Yang hanya berharap,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute