Buku tersebut dikeluarkan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan English, siapa yang tak simpan salah satu versi buku ini memang rugi. Bagi mykoleksi ini adalah salah satu buku rujukan numismatik yang anda wajib ada.
Info di dalam buku ini sangat menarik kerana ada penerangan dan gambar matawang yang berkualiti. Sayangnya pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan lagi versi terkini buku tersebut, sudah 20 tahun usia buku ini.
Jika pihak BNM tak ada staff atau masa untuk hasilkan buku sebegini, apa kata upah saja mykoleksi. In Sha Allah mykoleksi boleh merealisasinya, asalkan mykoleksi diberi akses penuh untuk mendapatkan bahan dan rujukan oleh BNM.
Cuma mykoleksi tak ada sijil atau gelaran pakar saja, harap pihak BNM tak minta semua tu nanti.
Buku ini ada 8 bab yang menarik, baca pun tak bosan.
- Bab Satu: Wang dan Perkembangannya
- Bab Dua: Mata Wang Awal
- Bab Tiga: Jongkong Timah Sebagai Mata Wang di Semenanjung Tanah Melayu
- Bab Empat: Mata Wang Kesultanan Melayu
- Bab Lima: Mata Wang Semasa Penjajahan
- Bab Enam: Dolar Perdagangan
- Bab Tujuh: Mata Wang Persendirian
- Bab Lapan: Mata Wang Keluaran Bank Negara Malaysia
Bagi melengkapkan set buku numismatik tersebut, anda mesti kena ada simpan juga buku nipis bertajuk "WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA - Wang dan Perkembangan". Maklumat dalam buku nipis ini sama seperti dalam Bab Satu buku tebal tersebut, kira macam "trailer" untuk buku yang tebal tu la.
Setakat yang mykoleksi jumpa, hanya ada buku nipis ni saja yang dikeluarkan oleh BNM. Mana tau mungkin pihak BNM ada keluarkan juga buku nipis macam ni untuk bab 2 dan seterusnya, siapa ada maklumat boleh berkongsi di ruangan komen.
mykoleksi.
No comments:
Post a Comment