Cari Post lain disini

Sunday, June 23, 2024

Cik Puan Besar Selangor, Dato' Amar Siti Aishah


Perkongsian pada kali ini jika diikutkan tiada kaitan dengan dunia hobi numismatik tetapi entah macam mana datangnya pemilik nama Siti Aishah binti Abdul Rahman boleh disebut-sebut sebagai individu yang dikatakan telah menantangani wang kertas RM1 prefix CR yang pernah diedarkan dan kemudian ditarik balik sekitar tahun 1999.


Bukan setakat tu saja, ada juga bijak pandai dalam dunia hobi numismatik menyatakan yang wang kertas tersebut dikeluarkan oleh Bank Negara Bunian (BNB). Sampai macam tu sekali kisahnya, tak pasal-pasal orang bunian pun disebut sekali dalam dunia hobi numismatik negara Malaysia.


Majalah Anggun keluaran November 1995 tersebut mykoleksi terjumpa semalam semasa berjalan dicelah-celah rak bahagian majalah di stor Buku terpakai, tujuan mykoleksi ke sana untuk mengambil buku yang ditempah. Di dalam majalah keluaran sulung tersebut terdapat wawancara Anggun dengan YTM Cik Puan Besar Dato' Amar Siti Aishah; Cik Puan Besar Selangor setelah bergelar isteri kepada Sultan Selangor, Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah Al-Hj Ibni Almarhun Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Cik Puan Besar selangor, boleh la membaca info yang mykoleksi kongsikan. Harap nanti tak tersalah info lagi, dalam kita nak berhobi ilmu perlu ada dab bukan hanya menjadi "pak turut".


Sudah habis membaca wawancara tersebut, anda boleh klik pautan di blog mykoleksi yang ada menceritakkan siapa yang sebenarnya yang tandatangan wang kertas RM1 viral dengan RM1 "Aishah".


Harap dengan perkongsian bahan bacaan ini dapat memberi anda ilmu tentang apa yang ada "ditipu" selama ini supaya anda menjadi insan yang bijak.


Yang sekadar membantu,
mykoleksi 

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute