Cari Post lain disini

Saturday, September 30, 2023

Buku Salasilah Keturunan Sultan, Waris dan Kerabat Diraja Negeri Selangor

Buku Salasilah

Setakat ni mykoleksi belum pernah nampak lagi ada orang berkongsi buku ni, kebetulan mykoleksi terjumpa ianya berada dalam koleksi seorang member.

Hasil pujuk rayu, akhirnya dapat juga mykoleksi memilikinya. Sebelum pemiliknya bersetuju untuk menjual kepada mykoleksi, beliau bertanya kenapa mykoleksi berminat dengan buku ini?

Jawapan mykoleksi ringkas saja, nak pasangkan dengan koleksi selangor lain antaranya surat khabar Selangorkini edisi khas  ulang tahun hari keputeraan DYMM Sultan Selangor dan Infografik "Matawang Kesultanan Selangor" surat khabar Metro Ahad 18 September 2022.

Surat Khabar Selangorkini Edisi Khas Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Infografik "Matawang Kesultanan Selangor"

Masa ni cuak juga, mana tau bila dengar jawapan mykoleksi beliau tak jadi nak jual. Masa ni mykoleksi teringat tentang satu ungkapan, "kalau kita ada duit banyak mana sekalipun, kalau orang tak nak jual/lepaskan belum tentu kita dapat memilikinya."

Alhamdulillah, akhirnya beliau bersetuju untuk jual kepada mykoleksi. Buku tersebut keluarkan tahun 1992, mungkin sudah ada versi terkini yang dikeluarkan. Buat masa sekarang mykoleksi belum dapat lagi, In Sha Allah nanti mykoleksi akan tanyakan dengan kawan mykoleksi di SUK Selangor.

Tak larat kalau mykoleksi nak menulis/bercerita berkenaan salasilah keturunan Sultan, waris dan kerabat Diraja negeri Selangor. Dengan adanya buku tersebut mykoleksi dapat membuat semak silang fakta yang ditulis dalam bahan bercetak lain samada ianya tepat ataupun tidak.

Salasilah Sultan Ibrahim Shah, 1778 - 1826

Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor Yang Kedua

Dunia hobi numismatik secara tidak langsung ada hubung kait dengan sejarah, nak-nak lagi bagi mereka yang "main" syiling kesultanan. Respek betul mykoleksi dengan mereka, dah la nak dapat syiling pun susah, harga pula semakin mahal dan nak kena belajar tentang sejarah.

Ilmu syiling kesultanan mykoleksi setebal kulit bawang saja, masih dalam proses belajar. Tak tahu mykoleksi bertanya pada yang pakar dan membaca bahan rujukan, selain itu adab dalam menuntut ilmu mesti dijaga supaya ilmu yang kita dapat nanti berkat.

Buku ni bagi mykoleksi bukan kategori rare, rasanya masih boleh dapat lagi. Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda walaupun tak banyak mana pun mykoleksi tulis berkenaan buku ini.

Tak berapa pandai sangat nak "goreng" cerita berkenaan salasilah

Yang belajar salasilah,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute