Syiling $1 atau RM1 sudah lama dimansuhkan oleh Bank Negara Malaysia, ianya dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996. Duit syiling yang mempunyai simbol “$” telah diedarkan mulai 4 September 1989 manakala duit syiling RM1 yang mempunyai simbol “RINGGIT” pula diedarkan mulai 14 November 1993 berikutan penggunaan ringgit sebagai simbol matawang Malaysia, Ciri-ciri duit syiling RM1 adalah seperti berikut:
- Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA adalah jelas dimana garisan halus adalah jelas kelihatan
- Simbol “RINGGIT” atau “$” dan angka 1 adalah jelas kelihatan
- Ukiran timbul motif bunga raya adalah sempurna dimana garisan halus jelas kelihatan
- Corak dan reka bentuk sarung keris di belakang duit syiling adalah jelas kelihatan
- Gerigi di bahagian tepi duit syiling adalah jelas kelihatan.
Gambar diatas merupakan kepingan logam untuk menghasilkan syiling RM1 atau $1, sebenarnya aku sendiri pun tak pasti samaada ianya asli ataupun tidak, sebabnya benda tu aku dapat dari baki syiling telefon awam "long-long time ago" (dah lama aku simpan, kan dulu syiling $1 dan RM1 boleh diguna untuk telefon awam). Aku letak adalah sekadar untuk berkongsi, jangan percaya 100% yang logam itu asli. Sekiranya dilihat dari segi saiz dan ketebalan, logam ini adalah sama dengan syiling $1 dan RM1 yang dikeluarkan. Ada siapa-siapa yang boleh tolong pastikan ketulenannya? Aku penah tanya kawan-kawan "collector" tetapi diorang pun tak pasti....so, aku tanya sekali lagi dalam blog ni.
Pandangan sisi logam yang belum ditempa
Syling RM1 yang menggunakan simbol "$1"
Syiling RM1 yang menggunakan simbol "1 RINGGIT"
Pandangan sisi
Koleksi syiling $1 dan RM1 sudah lama lengkap aku kumpul, semuanya UNC.
Rujukan: Bank Negara Malaysia
Rujukan: Bank Negara Malaysia
1 comment:
This is a Planchet,because the edge was reeded and the rim was already upsetted.
Good specimen.
Post a Comment