Cari Post lain disini

Sunday, September 7, 2008

Wang Kertas RM5 Siri ke-7

Banyak betul versi RM5 Malaysia, kali ini aku ingin menyentuh pula berkenaan RM5 siri ke-7 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don, beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-5. Wang kertas Rm5 ini dikeluarkan sekitar tahun 1995-1998 dan yang menariknya terdapat 2 tempat yang mencetak wang kertas RM5 iaitu Thomas De La Rue dan Canadian Banknotes. kedua-dua tempat pencetakkan tersebut dapat dibezakan dengan melihat nombor siri pada wang kertas RM5 tersebut, RM5 wang dicetak oleh Thomas De La Rue nombor sirinya bermula dengan PWxxxxxxx - PZxxxxxxx dan QAxxxxxxx - QJxxxxxxx. Manakala RM5 yang dicetak oleh Canadian Banknotes pula ditandakan dengan nombor siri QKxxxxxxx - QWxxxxxxx. Persamaan bagi wang kertas RM5 ini adalah pada wang kertas gantian (replacement notes) kerana kedua-duanya menggunakan nombor siri yang sama iaitu NZxxxxxxx. Wang kertas Malaysia sememangnya sangat unik dan menarik untuk disimpan sebagai koleksi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sebagai hobi mulai dari hari ini.


RM5 ini dicetak oleh Thomas De La Rue



RM5 ini dicetak oleh Canadian Banknotes

7 comments:

Unknown said...

salam..

aku pon ada sekeping duit rm5 ni..versi canadian bank notes..prefix QT

Anonymous said...

Baguslah Vonn kalau mcm tu, Lepas ni cari yang Thomas De La Rue pula sebagai koleksi....terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Unknown said...

salam..

ye dan rasanya kalu jumpa lagi saya akan simpan duit lama ni tak kira apa ciri sekalipon.. :D

Anonymous said...

oklah kalau mcm tu, teruskan mengumpul en. Vonn :D

Unknown said...

salam,
aku pelawat baru.
aku ada kedua2 jenis RM 5.
dan aku ada 2 keping syiling 10 sen
ada tulis malaya and britih borneo. ni kategori wang lama jugak ker. tahun 1961 dan 1958. ada gambor queen elizabeth the 2nd.

Unknown said...

salam..

syling 4 segi ke incik rhisham? kalu ikut tahun tu dan malaya,borneo tu, mmg duit lama la tu.. :)

Anonymous said...

rhisham: terima kasih berkunjung ke blog ini, teruskan mengumpul syiling dan wang kertas lama/baru



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute