Cari Post lain disini

Loading...

Saturday, December 20, 2008

Syiling 5 sen tahun 1985 "EXTRA DOT"

Syiling 5 sen adalah lebih kecil daripada syiling 1 sen jika kita bandingkan dari segi saiz. Syiling 5 sen mempunyai ukurlilit 16.2mm sahaja dan beratnya adalah 1.41g. Terdapat 2 keluaran syiling 5 sen iaitu siri pertama bereka bentuk/bertemakan bangunan parlimen (tahun 1967 - 1988) dan siri kedua pula bereka bentuk/bertemakan tradisi dan perwatakan malaysia (tahun 1989 - 2008). Anda boleh rujuk Wang Kertas dan Duit Syiling di edaran. Dibawah merupakan gambar syiling 5 sen, cuba anda perhatikan betul-betul syiling tersebut;


Syiling 5 sen tahun 1985 "Extra Dot"

Syiling 5 sen tersebut amat berbeza daripada syiling-syiling 5 sen yang lain, syiling tersebut mempunyai "Extra Dot" pada bangunan parlimennya. Percaya atau tidak, sila anda lihat ruangan yang aku tandakan dengan petak merah (Klik gambar untuk besarkan), syiling 5 sen bertahun 1985 "Extra Dot" amatlah sukar diperolehi kerana kita perlu menelitinya dengan baik. Saiz syiling yang kecil menjadikan kita sukar untuk mengesan "DOT" yang semestinya juga berbaiz amat kecil, kalau korang nak cari.....mesti gunakan kanta pembesar, barulah boleh nampak dengan jelas. Sudah lama aku simpan syiling 5 sen 1985 "Extra Dot". Aku sendiri mengaku, untuk mendapat syiling tersebut amatlah sukar..... naik sakit jugalah mata aku perhatikan syiling 5 sen yang aku ada. Hanya terdapat sekeping dalam simpanan aku buat masa sekarang, Gambar close up syiling tersebut telah diambil dengan menggunakan digital kamera jenis Nikon COOLPIX P3, boleh tahan hasilnya... tak sia-sia aku beli digital kamera Nikon 2 tahun lepas....hehehe. Aku tolong promote digital kamera NIKON lah pula.

5 comments:

Anonymous said...

kelakar jugak 'dot' ini dianggap sebagai freak yang major dalam buku steven Tan memandangkan pengalaman beliau dalam bidang ini. 'dot' ini ketara disebabkan oleh abrasion diatas die plate sepertimana yang boleh berlaku kalau plate digunakan dengan lama. 'dot' ini tidak mungkin bernilai sangat kalau kita buat analisa yang mendalam. pandangan saya aje lah.

my-koleksi said...

Salam..

Mr Anonymous;


Pada pandangan aku pula "dot" adalah satu freak yang menarik utk disimpan sebagai koleksi kerana sukar diperolehi. Kalau x percaya, cubalah Mr. Anonymous cari nanti?......faktor major atau minor sesuatu freak tersebut x penting asalkan kita ada simpan sebagai koleksi dah kira ok…. baik ada simpan daripada x ada langsung, betul tak?. Nanti takut melopong pula bila dapat tahu yang freak tersebut memang sukar diperolehi dan bernilai tinggi suatu masa nanti.

Bagus juga Steven Tan dan penulis2 buku matawang lain menulis buku bertujuan untuk beri info berkenaan duit syiling dan wang kertas, sekurang-kurangnya ada jg sumber rujukan untuk pengumpul lain termasuklah aku sendiri. Kalau x …..banyak juga aku x tahu, selain dari pada buku Steven Tan byk lagi buku yang aku jadikan rujukan. Berdasarkan buku2 dan rujukan melalui internet yang aku baca…byk juga info yg aku dapat berkenaan syiling “dot” tersebut. Jadi, elok jugalah simpan syiling yang ada ”dot” ni, mana tahu kan satu masa nanti syiling tersebut naik harga yang tinggi mcm wang kertas RM1 prefix CRxxxxxxx tandatangan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman… harganya dh melambung tinggi skrg.

Apa-apa pun aku tertarik dengan statement Mr. Anonymous yang menyatakan “'dot' ini ketara disebabkan oleh abrasion diatas die plate sepertimana yang boleh berlaku kalau plate digunakan dengan lama" …boleh jadi betul apa yang Mr. Anonymous tulis tu. Kalau x keberatan, boleh saya tahu tak dimana Mr. Anonymous dapat info tersebut, diharap dapat kongsikan bersama supaya boleh menjadi rujukan pengunjung blog my-koleksi.

Lepas ni harap dapat gunalah nama lain selain Anonymous dan jgn lupa tinggal email sekali….. boleh kenal-kenal, terima kasih kerana berkunjung.

kurt said...

aq bru korek2 duit 5 sen dr tabung bapak aq....

ader gak 4 set wit 5 sen 1985.
tp ssh gler nk npak 'dot' nih...

hu3x...

Anonymous said...

betol tu memang ada syiling 5sen 1985 sen yang ada 'dot'kita kena melihatnya dgn teliti...

fouzulm said...

Saya ada duit syiling 5 sen extra dot dengan kualiti very very fine.
ada collector nak ambik utk rm200., siapa dapat tawar more than that dia dapat. boleh contact 0197581994



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute