Cari Post lain disini

Thursday, August 28, 2008

Wang Kertas RM1 "Replacement Notes" BA



Wang Kertas Gantian/"Replacement Note"
(BA1864295)


dicetak oleh Thomas De La Rue

Wang kertas Gantian RM1 ini di keluarkan sekitar tahun 1986-1995, merupakan siri ke-6 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dato' Jaafar Bin Hussein. Ada dua (2) jenis Wang Kertas Gantian seperti ini iaitu Tanpa Benang Sekuriti (Without Security Thread) dan Dengan Benang Sekuriti (With Security Thread) , kedua-duanya mengunakan nombor siri khas BAxxxxxxx sebagai tanda. Diatas merupakan gambar Wang Kertas Gantian RM1 Tanpa Benang Sekuriti yang saya simpan sebagai koleksi. Wang kertas tersebut dicetak oleh Thomas De La Rue dan keadaan wang kertas tersebut dikategorikan sebagai AU.

Saturday, August 23, 2008

Iklan: Malaysian Free DNS Hosting

Iklan ini adalah berkenaan free DNS webhosting yang dikendalikan oleh bekas student UiTM sendiri dan saya rasa yang ni first malaysian free DNS webhosting kot. Sebab sebelum ini member saya yang menggunakan "afraid.org". Website ini mempunyai kerjasama dengan Google malaysia dan atas permintaan member saya, mereka sedang mengusahakan untuk memohon dengan Google untuk menyediakan free webhosting sebanyak 2gb-5gb. Kelebihan website ini adalah lebih user friendly berbanding afraid.org dan lebih tersusun serta mengenakan cas yang lebih rendah kepada advance user yang memerlukan host domain yang lebih banyak. Sudi-sudikanlah berkunjung ke website diorang untuk mendapat maklumat lanjut, Link dan maklumat lanjut boleh didapati dibawah;

What you can do?
E.g: if you register name.inter.net.my, you will be able to control all subdomain under name.inter.net.my

Layarilah http://www.zonestraits.com

URL Forwarding + MX record management
Zone Management
Name Server Pointing
Dynamic DNS + MX record management
Domain Parking + MX record management
Share your domain with public

Promotion
First 500 new registration will be registered under Promotion account (8 domains + 16 subdomains) (lifetime). First 300 registration with USD15/year will be registered under gold account (original price USD30/year). Please refer at members stats. Other question please mailto support@zonestraits.com

Members
Normal (Free) 5 domains + 10 subdomains
Classic (USD15/year) 15 domains + 30 subdomains
Gold (USD30/year) 35 domains + 70 subdomains
Platinum (USD50/year) 65 domains + 135 subdomains

Pautan lain: Malaysia Free DNS Hosting

Bagi pertanyaan lanjut boleh email terus kepada en. Amir di amir@lt.my

Wednesday, August 20, 2008

Syiling Tembaga




Diatas merupakan gambar Syiling Tembaga lama dalam simpanan aku dan sambungan daripada koleksi Syiling Tembaga Yassin 7 . Asal usul, nama dan tahun keluaran jangan tanya aku kerana aku sendiri pun tidak ada jawapannya. Aku simpan pun hanya untuk koleksi kerana keunikan yang ada pada syiling tersebut. Layan sajalah sebagai halua mata.

Tuesday, August 19, 2008

Duit Lama Boleh Melengkung

Wang kertas Sukarno atau soekarno yang dikeluarkan pada tahun 1964 amat pelik kerana ianya boleh melengkung dengan sendiri apabila diletakkan pada tapak tangan. hal itu berlaku secara spontan, aku kurang arif berkenaan wang kertas ini dan fenomena yang berlaku. Aku tidak berani untuk mengulas dengan panjang lebar tentang wang kertas tersebut kerana aku tidak mendapat maklumat yang sahih dari sumber yang sahih sebagai contoh buku atau kajian bertulis. Kalau setakat sumber lisan (cerita dari mulut ke mulut), itu tidak boleh dikatakan sumber sahih kerana manipulasi dan tokok tambah berkemungkinan akan berlaku bagi menyedapkan lagi cerita. Saya mohon kepada pembaca dan Bloggers yang mempunyai sumber sahih berkaitan wang kertas Sukarno atau soekarno yang dikeluarkan pada tahun 1964 bolehlah berkongsi dengan saya serta pembaca lain di ruangan ini. Saya sendiri belum mempunyai koleksi wang kertas tersebut tetapi sekarang saya dalam proses untuk memperolehinya dengan bantuan seorang rakan dinegara asal wang tersebut. Dibawah merupakan keratan surat khabar KOSMO ! yang memberikan sedikit gambaran dan "input" berkenaan wang tersebut;



Note: Beruntung en. Rafiuddin Baharuddin


Monday, August 18, 2008

Wang Kertas RM50 "Replacment Notes" ZD

ZD "replacement notes" yang aku simpan selama ini, keadaannya bukanlah UNC tetapi Fine sahaja. Kebiasaannya aku simpan wang keluaran asal/pertama dan "replacement notes" bagi setiap wang kertas yang ditandatangan oleh setiap gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Rasa macam tidak puas seandainya aku tidak dapat mengumpulnya. Aku mengaku bagi memperolehi sebahagian wang kertas yang aku ada sekarang amatlah susah terutamanya setiap jenis "replacement notes" dengan berlainan gabenor dan tahun keluaran, ianya memerlukan masa dan pengorbanan. Sebagai contoh RM50 yang ditandatangan oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, terdapat 5 keluaran "replacement notes" iaitu nombor sirinya bermula dengan ZAxxxxxxx, ZBxxxxxxx, ZCxxxxxxx, ZDxxxxxxx dan ZExxxxxxx. Kelurana pertama (First Prefix) pula EBxxxxxxx hingga ~



"Replacement notes" benombor siri ZD0259644

Tuesday, August 5, 2008

Lagi Cerita RM100 Palsu

RM100 palsu mencari mangsa lagi, hasilnya seorang penjual buah di kampung Lakota yang menjadi mangsa wang kertas palsu semasa jual beli buah dijalankan . Bagi mengetahui cerita lebih lanjut, anda boleh baca keratan akhbar KOSMO! (04 Ogos 2008) yang bertajuk "Beli buah guna duit RM100 palsu". Nasihat aku buat semua termasuk juga aku sendiri, sentiasalah berhati-hati dalam proses jual atau beli yang melibatkan RM100 dan juga RM50 . Periksa dahulu wang kertas yang diperolehi, jangan terus simpan sahaja. Lebih baik kita beringat sebelum kena, macam-macam kita boleh buat dengan nilai RM100 dan RM50 yang asli.



Sunday, August 3, 2008

5 Cent Strait Settlements Queen Victoria (1867 - 1901)


Depan


Belakang

Syiling ini dikeluarkan pada tahun 1896 sebanyak 960,000 unit sahaja, diperbuat daripada Copper .800 Silver. Berat bagi syiling ini dianggarkan 1.35g dan berdiameter 16mm. Kategori syiling ini adalah Fine dan ianya masih berkeadaan baik dan tidak dilakukan proses mencuci kerana untuk menjaga nilainya. Berdasarkan penelitian dan hasil darpada pembacaan saya, syiling jenis ini yang mempunyai nilai yang sangat tinggi adalah syiling 5 Cent Strait Settlements Queen Victoria yang dikeluarkan pada tahun 1873 dan 1876H untuk UNC. Kalau kategori Proof pula yang bernilai tinggi adalah tahun 1871 dan 1878. Buat sementara waktu ini aku akan "update" blog ini dengan duit syiling dulu sebab gambar untuk wang kertas banyak yang aku belum "snap" lagi. Bersabar!!!..... Kerja lain pun kena "settle" juga, tulis blog ni "just for fun and knowledge sharing". Kerja opis semakin banyak......so, masa kena bahagi sebaik mungkin. Terima kasih kerana menyokong kewujudan blog ini.

Friday, August 1, 2008

Gambar/potret siapakah pada wang kertas Malaysia??


Gambar/potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang pertama

Aku rasa ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong). Setelah baginda mangkat, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah menggantikan tempat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke dua. Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang;
  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
  2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
  3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
  4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
  5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975
  6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
  7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
  8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989
  9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
  10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999
  11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
  12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
  13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

Sumber:
  1. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
  2. Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
  3. Senarai Yang di-Pertuan Agong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute