Cari Post lain disini

Friday, September 26, 2008

"Sketch" Duit Syiling 50 tahun BNM

Lukisan/gambar apakah yang aku letak?? Lukisan/gambar di bawah merupakan sketch Duit Syiling yang telah aku hantar untuk menyertai pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia yang lalu. Walaupun aku tidak memenagi apa-apa hadiah dan tempat dalam pertandingan tersebut, aku tetap gembira kerana aku mempunyai idea untuk menghasilkan "sketch". Tahniah aku ucapkan kepada semua pemenang pertandingan tersebut, kalau boleh aku nak tengok reka bentuk yang korang buat tu. Boleh nanti aku jadikan rujukan dan bertanyakan tips bagaimana untuk menang sekiranya aku memasuki pertandingan sebegini sekali lagi anjuran oleh BNM. "Sharing is caring", aku pun nak menang juga. Aku rasa mungkin penerangan bagi sketch yang aku buat tidak mantap dan ayat yang aku gunakan tidak bombastik (Mr. Loba Loba), disulam pula dengan sketch aku yang kurang "cun" serta tidak warna-warni. Zaman sekarang kan zaman warna-warni tetapi aku masih guna hitam-putih.....tidak menggambarkan perubahan 50 tahun yang sudah lama berlalu. Sekian saja bebelan aku, mari sama-sama kita layan "sketch" aku;

Muka Depan


Muka Belakang

Note: Aku tak penah ambil course Art and Design, tapi bila ditengok... ditenung... diamati.... pandai jugakan aku lukis/sketch (angkat bakul sendiri).

Thursday, September 25, 2008

1/2 Cent Straits Settlements KGV



Diatas adalah syiling 1/2 Cent Straits Settlements King George V (KGV) yang di perbuat daripada tembaga. Sila lihat maklumat lanjut dibawah;

Tahun: 1932
Jumlah keluaran: 5 Juta
Berat: 2.91g
Size (mm): 18.5x18.5

Thursday, September 11, 2008

Keputusan Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia.

Pada bulan Mac lalu, BNM telah mengadakan satu Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia dan aku pernah tulis topik berkaitan dengan pertandingan tersebut dalam blog ini. Aku pun ada mengambil bahagian dalam pertandingan tu, saja mencuba nasib mana tahu kan aku boleh menjadi pemenang tempat pertama tetapi kalau tak menang pun aku tak kisah, yang penting aku mencuba :D (hadiah tempat pertama RM20,000, 10 hadiah saguhati RM1,000 setiap seorang). Sekarang masa yang di tunggu-tunggu telah tiba, BNM telah mengumumkan Keputusan Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia melaui laman web rasmi BNM. sekiranya anda ingin mengetahui keputusan tersebut, bolehlah masuk link di bawah;
  1. Website Rasmi BNM: Bank Negara Malaysia
  2. Pautan Lain (direct): Keputusan Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia

Tahniah aku ucapkan kepada semua pemenang

Sunday, September 7, 2008

Wang Kertas RM5 Siri ke-7

Banyak betul versi RM5 Malaysia, kali ini aku ingin menyentuh pula berkenaan RM5 siri ke-7 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don, beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-5. Wang kertas Rm5 ini dikeluarkan sekitar tahun 1995-1998 dan yang menariknya terdapat 2 tempat yang mencetak wang kertas RM5 iaitu Thomas De La Rue dan Canadian Banknotes. kedua-dua tempat pencetakkan tersebut dapat dibezakan dengan melihat nombor siri pada wang kertas RM5 tersebut, RM5 wang dicetak oleh Thomas De La Rue nombor sirinya bermula dengan PWxxxxxxx - PZxxxxxxx dan QAxxxxxxx - QJxxxxxxx. Manakala RM5 yang dicetak oleh Canadian Banknotes pula ditandakan dengan nombor siri QKxxxxxxx - QWxxxxxxx. Persamaan bagi wang kertas RM5 ini adalah pada wang kertas gantian (replacement notes) kerana kedua-duanya menggunakan nombor siri yang sama iaitu NZxxxxxxx. Wang kertas Malaysia sememangnya sangat unik dan menarik untuk disimpan sebagai koleksi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sebagai hobi mulai dari hari ini.


RM5 ini dicetak oleh Thomas De La Rue



RM5 ini dicetak oleh Canadian Banknotes

Saturday, September 6, 2008

BNM-Kaji Selidik Penggunaan Wang Kertas Polimer RM5


Muka depan


Muka belakang

**********

Sudahkah anda mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Penggunaan Wang Kertas Polimer RM5 yang telah dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, berikan sokongan anda dengan mengisi borang kaji selidik tersebut. Aku telah mengisi borang kaji selidik tersebut, soalannya mudah dan ringkas serta tidak memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan soalan kaji selidik tersebut. Aku sekadar membantu mempromosikan kaji selidik BNM tersebut untuk kita sama-sama memberi pendapat dan penilaian berkenaan keberkesanan wang polimer RM5. Jika banyak pengguna mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut, aku rasa banyak maklum balas yang BNM akan perolehi nanti dan apa yang BNM kehendaki daripada kaji selidik akan tercapai dengan mudah. Apa tunggu lagi, klik link dibawah
;
  1. Website Rasmi BNM: Bank Negara Malaysia
  2. Pautan Lain (direct): Borang Kaji Selidik Penggunaan Wang Polimer RM5

Friday, September 5, 2008

Keunikan syiling bertahunkan 121


WANG syiling muka depan dengan perkataan Allah dan Muhammad serta wang syiling muka belakang dengan ukiran kapal layar.

SEKEPING duit syiling bertahunkan 121 serta mempunyai tulisan Allah, Muhammad dan Yassin dalam tulisan jawi yang mungkin tidak ternilai harganya telah dijumpai dengan beberapa lagi duit syiling serta artifak lain semasa penggalian ekskavasi arkeologi dijalankan.

Selain dari itu pertemuan artifak lain seperti sebatang senjata besi, rantai tembaga, tembikar, tulang binatang dan kayu telah membuka lembaran baru bahawa kedua-dua negeri Kedah dan Perlis mempunyai sejarah silam yang tidak ternilai.

Baru-baru nini satu kerja ekskavasi arkeologi fasa kedua telah diadakan di sebuah tapak seluas 100 x 200 kaki bersebelahan kawasan makam Almarhum Kayam Dua kira-kira empat kilometer dari jalan lama Kangar - Kuala Perlis.

Pada awalnya kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan tetapi setelah meneliti dan mengkaji kawasan itu, pihak Muzium serta pihak kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi bagi mengesan dan menyelamatkan artifak kalau ada.

Pada amnya kawasan itu merupakan kawasan hutan belukar sehingga 1960 dimana penanaman padi secara kecil-kecilan telah mula diusahakan oleh penduduk tempatan sehingga awal 1975.

Fasa pertama kerja-kerja ekskavasi telah dimulakan pada bulan Jun hingga bulan Disember 1997 manakala fasa kedua telah dimulakan pada bulan Mei hingga Jun 1998.

Seawal bulan November 1997 artifak yang tidak ternilai harganya telah mula dijumpai di tapak yang diusahakan oleh kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah yang diketuai oleh Pengarah Kuarator Drs. Mohd. Supian Sabtu.

Di antara paling menarik yang dijumpai ialah sekeping duit syiling sebesar 5 sentimeter berwarna perak yang mempunyai ukiran kupu-kupu atau rama-rama yang amat jelas.

Duit itu juga mempunyai ukiran Yassin di bahagian atas, manakala tulisan Allah diukir di sebelah kanan dan tulisan Muhammad di ukir di sebelah kiri dan di bawahnya pula tertulis tahun 121, kesemuanya merupakan dalam tulisan jawi serta jelas dilihat.

Di belakang duit itu pula diukir sebuah bentara seakan kapal dari Timur Tengah dan diukir pula perkataan seakan berbunyi Nuh serta terdapat pula ukiran bendera yang tidak berapa jelas di hadapan bentara itu.

Di sebelah kiri pula terdapat ukiran bulan dan bintang manakala di bawahnya pula terdapat ukiran yang berbunyi seakan ejaan Mahaddinah.

Selain dari pertemuan duit yang mungkin tidak ternilai ini, pihak muzium juga telah menjumpai tiga keping duit lama yang tidak dapat dilihat dengan jelas kerana di katakan diperbuat dari tembaga.

Pihak muzium masih lagi menyelidik mengenai tarikh sebenar duit-duit syiling itu dikeluarkan dan abad keberapa ia digunakan.

Selain dari itu, pihak muzium telah menjumpai acuan membuat duit atau mould seperti berukiran pokok yang mempunyai persamaan simbol logo yang digunakan oleh Bank Simpanan Nasional sekarang.

Acuan itu sedang diproses dengan telitinya agar ia tidak rosak kerana telah berada di perut bumi sekian lama.

Pihak muzium juga telah menjumpai sebatang senjata besi yang dipanggil tekpi iaitu sebatang senjata besi yang mempunyai tiga cabang seperti yang digunakan oleh Seniman Agung P. Ramlee dalam filem Sitora dan Enam Jahanam.

Satu lagi artifak yang masih lagi disiasat ialah pertemuan sebatang kayu bulat setinggi 12 sentimeter di mana di tengah-tengahnya mempunyai sebuah lubang empat segi. Kesemua artifak yang dijumpai dikatakan datang dari pemerintahan Sultan Zainal Abidin Adzhlin Muazam Shah iaitu Sultan Perlis - Kedah pada abad ke-18.

Bagi fasa kedua pula pelbagai jenis artifak telah dijumpai seperti tulang binatang yang dikatakan sebagai tulang lembu atau kerbau, kayu tiang rumah, rantai tembaga dan batu-batan yang mempunyai ciri-ciri sama yang pernah dijumpai di Lembah Bujang, Kedah.

Menurut Drs. Supian kerja-kerja fasa ke tiga akan hanya dimulakan selepas beliau membuat laporan lengkap serta mempunyai kepastian mengenai artifak yang dijumpai.

Ini ialah dengan adanya fakta yang lengkap, kerja-kerja ekskavasi akan datang akan lebih menyenangkan serta lebih berkesan.

Pertemuan oleh kakitangan Muzium Arkeologi ini amat berharga kepada sejarah negara dan kegigihan mereka membanting tulang di tengah-tengah panas mentari dalam keadaan berlumpur seharian harus diberi kepujian kerana ditangan merekalah terletaknya kenalan sejarah silam.

Sejarah yang tidak boleh diputarbelitkan oleh penjajah. Sejarah yang mungkin menguatkan teori bahawa kita pernah wujud serta mempunyai hubungan perdagangan mungkin beberapa ratus tahun lalu.

Oleh: YUSMAN YUNUS

Sumber: Utusan Malaysia Online (03/07/1998)

Monday, September 1, 2008

Tips untuk pengumpul muda/baru

Dibawah merupakan tips yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca sebagai "guideline" untuk mengumpul syiling/wang kertas lama mahupun baru sebagai koleksi dan hobi;
  • Mula-mula sekali anda mesti enjoy dengan apa yang anda hendak dilakukan, jangan menjadikan hobi untuk mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sesuatu yang membebankan. Kumpul mengikut kemampuan anda dan jangan beranggapan anda mengumpul untuk dijadikan pelaburan atau untuk dijual suatu masa nanti.
  • Perancangan penting dalam mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, ianya penting supaya koleksi yang anda ada mendatangkan kepuasan suatu hari kelak. Anda boleh pilih samaada ingin mengumpul syiling, wang kertas atau kedua-duanya sekali. Tepuk dada, tanya budget dan minat anda.
  • Beritahu kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat yang anda seorang pengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Mana tahu, mereka ada simpan duit/wang kertas lama dan baru, kemudian memberikan kepada anda secara percuma. Anda juga yang untung.
  • Kumpul syiling/wang kertas yang berdonimasi kecil terlebih dahulu, sebagai contoh mulakan dengan syiling ataupun wang kertas RM1 kemudian RM5 dan seterusnya mengikut kemampuan. Tidak salah sekiranya kita meletakkan target untuk memiliki syiling/wang kertas berdominasi tinggi.....usaha tangga kejayaan
  • Seboleh-bolehnya cari syiling/wang kertas yang UNC terlebih dahulu, kerana syiling/wang kertas UNC bernilai tinggi sekiranya disimpan lama dan sedap mata memandang (bukan tujuan untuk menjualnya). Sekiranya susah untuk memperolehi gred UNC, gred syiling/wang kertas lain pun boleh, asalkan mendatangkan kepuasan kepada anda (susah nak dapatkan syiling/wang kertas lama dan baru yang UNC).
  • Kumpul syiling/wang kertas yang mudah diperolehi, dengan erti kata lain yang digunakan sekarang, sebagai contoh anda boleh tukar dari bank atau money changer.
  • Rajin-rajinlah mencari sumber maklumat untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda berkaitan syiling/wang kertas lama dan baru seperti sejarah, gred syiling/wang kertas, harga semasa, tahun keluaran dan seumpamanya. Ini adalah sebagai persediaan sekiranya anda ingin membeli syiling/wang kertas baru dan lama yang susah di perolehi (RARE) supaya anda tidak mudah ditipu. Sebagai contoh, ada sesetengah penjual syiling/wang kertas lama menjual koleksi mereka pada harga UNC, walhal gred sebenarnya FINE. Selalulah survey harga dan buat perbandingan sebelum membeli syiling/wang kertas lama dan baru.
  • Elak daripada membeli syiling/wang kertas yang sudah di"polish"/dibasuh kerana nilainya akan menurun. "Polish" biasanya dijalankan pada syiling bertujuan untuk kosmetik tetapi impaknya amatlah teruk.
  • Simpan syiling/wang kertas lama dan baru ditempat yang bersesuaian supaya tidak rosak seperti dalam fail, plastik dan bekas yng dibuat khas untuk menyimpan koleksi syiling/wang kertas lama.
Note: Apa yang saya tulis diatas adalah berdasarkan penelitian, pengalaman dan pembacaan saya daripada beberapa sumber, dimana saya telah mengolah semula mengikut fahaman saya sendiri untuk disampaikan kepada pembaca sekalian....enjoy


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute