Cari Post lain disini

Monday, May 4, 2009

Medalion KLIA Ekspres, 13 April 2002

Rekabentuk Medalion KLIA Ekspres 

Pada 22 Mei 2001, negara kita Malaysia menempa sejarah dalam sistem pengangkutan awamnya dengan pelancaran tren pertama Express Rail Link (ERL) di kilang Siemens di Vienna, Austria. 

Tren tersebut akan menjadi perintis kepada perkhidmatan Ekspres KLIA yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 19 Januari tahun 2002. Reka bentuk tren ini juga dikatakan sama seperti tren yang digunakan oleh Heathrow Express, London dan Arlanda Express, Stockholm itu.

Pelancaran tren pertama itu difahamkan akan menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara memperkenalkan sistem perkhidmatan pengangkutan yang tidak lagi memerlukan penumpang melakukan urusan pendaftaran masuk, keluar serta bagasi di lapangan terbang - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Projek ERL dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd dengan anggaran kos sebanyak RM2.4 bilion dan projek itu akan menghubungkan Terminal Udara Kuala Lumpur (KLCAT) di KL Sentral, Brickfields sejauh 57.6 kilometer ke KLIA.  

Terdapat dua (2) perkhidmatan ERL telah diperkenalkan kepada orang ramai;
  1. KLIA Ekspres = perkhidmatan terus yang boleh menampung 156 penumpang duduk dan hanya memerlukan 28 minit ke KLIA dengan kekerapan setiap 15 minit.
  2. KLIA Transit = perkhidmatan henti-henti membabitkan tiga hentian iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Salak Tinggi. Perjalanannya pula mengambil masa 36 minit pada kekerapan setiap setengah jam dengan kapasiti 540 penumpang duduk dan berdiri.
Itulah serba sedikit sejarah KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Majlis perlancaran KLIA Ekspress telah diadakan pada 13 April 2002 dan dikeluarkan juga medalion bersempena perlancaran ERL untuk KLIA Express (KL Sentral & KLIA)

Medalion tersebut telah ditempa oleh THE ROYAL MINT of MALAYSIA, anda boleh rujuk gambar dibawah:

Medalion KLIA Ekspress - Bahagian Hadapan

Medalion KLIA Ekspres - Bahagian Belakang

SPESIFIKASI TEKNIKAL
  1. Kandungan/Composition: Dwi-Logam/Bi-Metal, Luar/Ring: Cu92AI6Ni2, Dalam/Core: Cu75Ni25. 
  2. Jenis/Type: Kilatan Istimewa/Brilliant Uncirculated. 
  3. Berat/Weight: 8.15g. 
  4. Garis Pusat/Diameter: 26.5mm. 
  5. Ketebalan/Thickness: 2.33mm. 
  6. Tempaan/Mintage: 10,000 keping/pieces. 
Spesifikasi Tenikal

Ketika artikel ini ditulis, mykoleksi belum dapat pastikan yang medalion ERL Ekspres tersebut dijual ataupun diberikan kepada percuma semasa majlis pelancaran.

Sekiranya anda ada maklumat lain berkenaan medalion ini, harap dapat berkongsi dengan mykoleksi kerana buat masa sekarang tidak banyak maklumat diperolehi.

2 comments:

Nanie Harris said...

wah...byknya syiling peringatan...

hcvvorld of Travels, Lifestyle and Photography said...

duit syiling yang cantik..nih tangkap lah gambaq bagi clear sikit untuk kita semua orang enjoy :D ..yang nih duit syiling berapa ringgit?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute