Cari Post lain disini

Monday, May 11, 2009

Syiling Prince of Wales (Penang) 1786 - 1826

Duit syiling Prince of Wales (Penang) yang dikeluarkan diantara tahun 1786 - 1828 yang merupakan siri B.Balemark (East India Company), dulu masa sekolah menengah kita penah belajar tentang East India company. Pada tahun 1787 , duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Perrinsa Jezirah ab-Wailis" (bermaksud Prince of Wales Island) dan ianya dikeluarkan dengan muka depan syiling bernilai 1/2 Cent (Pice) dan 1 Cent (Pice). Lain pula dengan syiling 1/4 Cent (Pice), muka depannya tertera lambang Balemark dalan tulisan Arab "Jezirab ab-Wailis" (bermaksud Island of Wales). Duit syiling perak tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan nilai muka 1/4 Dolar dan 1/2 Dolar dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Perrinsa Jezirah ab-Wailis" manakala pada 1/10 Dolar ialah lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab-Wailis". Kesemua duit syiling tersebut telah dikelaskan sebagai siri Balemark kerana mempunyai lambang Balemark VEIC pada muka hadapan. Aku harap korang fahamlah apa yang aku tulis, nak cerita detail bagi semua faham...susah sikit. Kalau nak juga, kita boleh lepak sama-sama nanti pekena teh sambil bercerita...baru layan. Apa-apa pun aku berharap info yang aku tulis dapat membantu.

Muka Hadapan

Gambar muka hadapan syiling yang aku gred sebagai Good (G), tak berapa jelas sangat apa yang tertera di pemukaan syiling. Aku dah label balik bagi korang jelas sikit.

Muka Belakang

Sepatutnya ada tulisan Arab tertera pada muka belakang syiling, tapi nak buat macam mana. tulisan Arabnya semua dah tak kelihatan.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute