Cari Post lain disini

Wednesday, November 11, 2009

Apakah ini??


Tajuk pun aku tak tahu nak letak dan nak panggil apa pun aku tak pasti juga, aku bagi nama "wang kertas" boleh??.

Q: Macam mana aku dapat benda ni??

A:"wang kertas" tersebut adalah milik saudara "keristua", aku cuma ada gambar saja yang aku perolehi dari e-mail yang dihantarkan kepada aku...kalau korang nak tengok "wang kertas" tersebut dengan lebih dekat bolehlah berhubung terus dengan "keristua". Aku tak tahu nak tulis apa berkenaan benda ni kerana aku sendiri pun tak tahu dan "fisrt time" aku tengok.

Diharap pengunjung blog my-koleksi dapat membantu kerana aku rasa ramai juga yang otai-otai dan berilmu tinggi dalam hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Apa salahnya berkongsi dengan aku, "keristua" dan pengunjung blog ini, boleh kan??

Ini adalah sebahagian soalan yang aku sempat fikir buat masa sekarang
  1. Apakah sebenarnya orang panggil "wang kertas" tersebut??
  2. Apakah tujuan ia dikeluarkan??
  3. Siapakah yang mengeluarkannya??
  4. Kenapa ada gambar Sultan Abdul Hamid Halim Shah??
.... dan apa saja maklumat yang anda semua tahu pasal "wang kertas". Harap sudilah anda semua membantu aku, "keristua" dan pengunjung blog my-koleksi.

Terima kasih daun keladi.....

12 comments:

zam said...

Salam

Aku rasa ni bukan duit tapi surat perjanjian pinjaman sbb ada cop "Nattukottai Chettiars Association Kedah" (association money lendering yg dimonopoli sekumpulan pendatang dari Kaveri, Madras - India sekitar 1790an)

...dan nama "Che Abdul Rahman" (mungkin peminjam)..tapi tak da pulak dinyatakan jumlah pinjaman. Nak kata resit pun tak boleh

Secara lawaknya aku suspect ni angpow hari raya sbb tertulis "Selamat Hari Raya Bank" hehe

Cuba translate tulisan jawi tu, mungkin lebih jelas apakah benda ni sebenarnya.

- kalau salah sila betulkan. TQ

my-koleksi said...

Salam..

Serimalam, terima kasih diatas penerangan anda...rasanya ada logik juga apa yang kau bgtau tu. Aku pun tgk juga cop "Nattukottai Chettiars Association Kedah" tp x dpt tangkap perkataan "Chettiers" tu, lepas kau bagitau baru aku terfikir maksud "Chettiers". Aku nak betulkan apa pun aku x tahu...harap ada member lain yang boleh membantu.

Terima kasih sekali lagi atas info yang kau berikan. Ada pencerahan sikit nampaknya utk kita tahu apa sebenarnya gambar tersebut.

serimalam said...

Makin menarik ni.. aku curious dgn :

* no 354 - tak mungkin no siri sbb atas nama Che Rahman tu jelas ter-print no. XXX34

* Selamat Hari Raya Bank - nama company ?

* Translation jawi kat bawah - aku buta jawi hehe

* Printed at The Mi*** P**** Penang ? - tak berapa clear

* Dlm cop, bawah "The Kedah" - apa tu ? Rairul ?

Bang, pic bawah tu bukan thumbnail eh, kalau boleh tgk full size bagus tu

my-koleksi said...

Salam....serimalam

Yang tak berapa clear tu nanti aku contact owner dia suruh hantar gambar yang clear sikit...sebenarnya pic tu bukan thumnail, aku buat sama saiz dgn yg gambar atas tu tp tah mcm mana boleh jd thumnail pula. Nanti aku upload balik. Yang tulisan jawi tu aku cuba translate nanti.

Guyz92 said...

salam tuan rumah..

saje nak mencelah..saya rasa ni mungkin kad raya bukannya wang kertas..sebab sah2 tertulis 'selamat hari raya bank'..Mungkin kad raya ni dituju kpd Che Rahman..Ini saya translate tulisan di belakang kad tu..

"Assalamualaikum,
bersama-samalah kita berharap akan fazilat aidilfitrah ini jadi (..?) sempena hidup mutu melayu khasnya dan kaum muslimin (..?)- Amin"

Nampak jelas2 kad raya kan??

my-koleksi said...

Salam...

Terima kasih diatas respond yang diberikan bagi topic ini.

Aku harap maklumat yang diberikan oleh serimalam dan abdaziz dapat membantu tuan punya "wang kertas" iaitu saudara Keristua dan pembaca blog my-koleski yang lain.

TQ

Guyz92 said...

salam..

Rasanya masih belum terlambat utk bagi sedikit komen tentang 'wang kertas'ni..Saya ada perasan di bhgian bawah 'wng krts' ni ada tertera 'The United Press Penang'(TUPP)..kalau nak tahu sbnr TUPP ni adalah syarikat pencetak buku2 ilmiah dan kitab2 lama di penang ni..

Saya sendiri ada kitab tafsir Al-Quran milik atuk saya yg dicetak oleh company yg sama..So,sebagai konklusinya takkanlah wang kertas dicetak oleh kompeni percetakkan buku2..

my-koleksi said...

Salam... Abdaziz

Terima kasih diatas info yang diberikan, topik ini memang sentiasa dibuka untuk dibincangkan sehinggalah kita mendapat jawapan. Aku rasa ramai juga yang x tahu apa sebenarnya "wang kertas" tersebut termasuklah aku.

Kalau ada apa2 lagi info pasal "wang kertas" ni bolehlah share lagi disini utk dikongsi bersama-sama pembaca lain dan owner asal "wang kertas" iaitu saudara "keristua"

BONDEN said...

mmg rasa nya ni bukan duit kertas , kalau duit kertas semestinya ade denomination . dan keterangan dibelakang pula seperti penyatuan kaum , mungkin juga sambutan hari raya oleh pembesar dan kertas itu sebagai jemputan khas untuk kakitangan bank atau whatever lah .. nama dan number tu dicetak utk yg dijemput saja mungkin ...

Tanpanama said...

salam..itu adalah wafaq.. gambar sultan tu juga digunakan krn baginda agak aneh juga (kedudukan paras telinga dan mata adalah sama) jadi besar kemungkinan itu adalah wafaq @ pelaris perniagaan. pasal cop selamat hari raya bank tu mungkin ianya di copkan selepas ianya dicetak. x tau la. tne tatap sdiri

rommel said...

Kad raya zaman dahulu kala ni...

MonaViePerak said...

Salam...
Kalau tak silap saya Chettiers tu berasal dari perkataan India, iaitu Chetti yang membawa maksud pemberi pinjam. Ini kerana di Ipoh ada sebuah bangunan yang diberi nama Chettiars yang masih dimiliki oleh Chetti sehingga kini.
Ini cuma telahan saya sahaja. Betulkan saya sekiranya silap.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute