Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, April 28, 2010

Senarai Kriteria Bagi Wang Kertas Yang Tidak Sesuai Untuk Edaran Semula


1. Kotor/Lusuh

Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat pada permukaan wang kertas


2. Lembik

Lipatan berlebihan yang menyebab kanstruktur wang kertas menjadi lembik


3. Renyuk (Pengecutan Wang Polimer)

Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas menyebabkan keadaan visual wang kertas terjejas teruk

Pengecutan wang polimer akibat terlampau terdedah kepada kepanasan


4. Conteng

Tulisan / contengan pada permukaan wang kertas


5. Luntur Warna

Luntur warna pada wang kertas


6. Koyak

Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana bahagian


7. Berlubang

Wang kertas yang berlubang


8. Ubah Suai

Wang kertas diubah suai menggunakanpita perekat


9. Lipatan Bucu

Lipatan dan garisan kekal pada wang kertas


10. Terbakar /Dimakan Anai-anai

Terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian atau sebarang saiz


11. Cantuman Wang Kertas

Beberapa bahagian daripada dua atau lebih helai wang kertas yang berlainan tetapi dicantum semula menjadi sehelai wang kertas dengan menggunakan pita perekat


12. Hilang Ciri-ciri Keselamatan

Hilang ciri-ciri keselamatan (contohnya jalur LEAD) pada wang kertas



Rujukan Asal:
GARIS PANDUAN - Standard Kualiti Mata Wang Malaysia, BNM

3 comments:

The Man With No Name said...

Kenape ler orang tidak menghormati wang?

Sampai hancur-hancur jadinya.

Insan Jiwang said...

hehe..best2..info menarik.. kerap keraplah post lagi..bro..

Din Rambong said...

kalau dapat uwang,lipat elok2 masukkn dlm dompet n poket..jangan main "keronyok" sj..tak bersyukur



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute