Cari Post lain disini

Friday, July 30, 2010

Peringati P. Ramlee

PELAWAK Hamid Gurkha (berdiri) menyuarakan pendapatnya
pada menyuarat tersebut

Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia 37 tahun lalu. Tetapi namanya terus abadi. Malah sentiasa diingati dalam pelbagai cara bagi mengenang bakat dan sumbangannya dalam bidang muzik serta lakonan.

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tidak terkecuali menggembeleng usaha ke arah itu bersama syarikat KL Mint bagi menghasilkan syiling emas dengan imej wajah seniman tersebut sebagai tanda kenang-kenangan.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, syiling emas itu akan dijual kepada orang ramai di mana hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung kebajikan persatuan tersebut.

“KL Mint bersetuju menyumbangkan sebahagian jualan syiling emas itu bagi mengisi tabung Skim Pencen kepada 26 artis-artis yang menikmati skim tersebut. Setiap bulan Karyawan membayar RM500 kepada setiap mereka.

“Pada masa sama KL Mint juga berminat menanggung pembiayaan pencen beberapa artis di bawah skim itu. Tumpuan lebih kepada rakan-rakan rapat Allahyarham,” katanya ketika ditemui di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Hits difahamkan usaha menghasil serta menjual syiling emas yang akan diumumkan kemudian termasuklah harganya itu merupakan julung kali menggunakan wajah seniman legenda terbabit.

Usaha itu katanya, secara tidak langsung dapat membantu mengisi tabung persatuan tersebut yang semakin merosot kerana membayar pencen kepada artis-artis kurang bernasib baik yang menikmati skim itu sejak lebih tiga tahun lalu.

Malah, Freddie turut membayangkan P. Ramlee dijadikan artis perintis untuk diabadikan pada syiling emas, sementara wajah artis-artis lain yang bertaraf legenda juga akan menyusul.

“P. Ramlee kita jadikan perintis dalam projek ini kerana dia merupakan seniman legenda. Selepas ini kita akan kenal pasti artis-artis lain yang sesuai dan layak untuk diabadikan pada syiling emas tersebut,” jelasnya.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute