Cari Post lain disini

Thursday, November 11, 2010

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Tan Sri P Ramlee-akan dijual mulai esok

Bakat sungguh Luar Biasa.... Tan Sri P Ramlee


Buletin Utama TV3 malam tadi ada menyiarkan berita berkaitan pengeluaran dan jualan syiling peringatan Tan Sri P Ramlee, Syiling Peringatan tersebut akan mula dijual bermula hari esok (12 November 2010) selama sebulan di Balai Seni Lukis Negara

Syiling tersebut dikeluarkan oleh KL Mint dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia, berapa banyak syiling tersebut dikeluarkan aku tak pasti kerana tidak diberitahu.

Maklumat yang aku dapat semasa Buletin Utama TV3 adalah Pengeluaran syiling tersebut diperbuat daripada Emas, Perak, Gangsa dan Tembaga. Dijual dengan harga *RM3500 untuk set 3+1 (Emas, Perak dan Gangsa), *RM250 untuk syiling Perak (secara berasingan) dan *RM50 untuk syiling tembaga (secara berasingan).

*kalau tak salah dengar la...kalau salah nanti aku betulkan esok selepas aku pergi beli. Jumlah pengeluarannya tidak diberitahu....

Apa-apa pun, jom ramai-ramai kita serbu Balai Seni Lukis Negara pagi esok untuk membeli Syiling Peringatan Tan Sri P Ramlee

Lokasi Balai Seni Lukis Negara

__________________________________________

Program mengenang dan menghargai Tan Sri P Ramlee akan diadakan tahun depan


KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) merancang menganjur beberapa program bagi mengenang dan menghargai hasil karya Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, antara program itu ialah pementasan riwayat P Ramlee, pertandingan lagu-lagu P Ramlee yang terbuka kepada semua kaum serta penulisan biografi P Ramlee oleh individu yang rapat dengan seniman itu.

"Ketiga-tiga projek ini kita jadikan sebagai projek perintis, bagi mengenang jasa beliau selaku seniman ulung dan sebaik-baiknya kita laksanakan projek ini sempena tarikh P Ramlee meninggal dunia iaitu pada 29 Mei," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan "Siri Warisan, P Ramlee Pada Syiling" oleh KL Mint dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia di Balai Seni Lukis Negara di sini, hari ini.

Rais juga berharap usaha mengenangkan P Ramlee itu dapat memenuhi rasa kehilangan masyarakat terhadap bakat luar biasa seniman itu yang meninggal dunia ketika berumur 44 tahun. Satu perkara yang penting ialah sayang sekali, kita lebih mengenang dan menghargai P Ramlee, berbanding semasa beliau hidup tetapi ini memang kebiasaan kepada kehidupan manusia sebab itu kita telah mempunyai satu perasaan hiba oleh kerana kita tidak dapat mengisi tuntutan semasa hidupnya atau secara kontemporari," katanya.

Sehubungan itu, Rais berkata galeri P Ramlee di bawah seliaan Jabatan Arkib Negara sekarang, akan dikemaskini tahun depan bagi menjadikannya benar-benar menarik dan mempunyai sifat-sifat galeri pada bangsa.

Sempena dengan pelancaran syiling P Ramlee itu, Kl Mint akan membuka gerai jualan syiling itu selama sebulan bermula esok.

Selain itu, Balai Seni Lukis Negara juga akan mempamerkan karya-karya berhubung dengan "Getaran Jiwa" P.Ramlee menerusi lukisan, contengan untuk mensajikan apa sebenaranya aura dan isian yang ada pada P.Ramlee dari sudut pandangan beberapa pelukis.

Sementara itu, ketika merasmikan Persidangan dan Ekspo Go Mobile 2010 di sini hari ini, Rais berkata jumlah anggota berdaftar bagi Perkhidmatan Gerbang Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Kerajaan Malaysia atau My SMS 15888, masih kecil berbanding 30.3 juta jumlah pemilikan telefon bimbit di negara ini.

Katanya, sehingga kini hanya 120,000 orang berdaftar dengan program kendalian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, kelemahan itu berlaku mungkin kerana rakyat tidak menyedari wujudnya perkhidmatan tersebut hingga menyebabkan kerajaan sukar menyalurkan maklumat melalui telefon bimbit.

"Perkhidmatan ini diwujudkan kerana kerajaan tidak mahu ada apa-apa halangan atau tembok sempadan yang memisahkan antara kerajaan dan rakyat, sebab itu kerajaan telah mebangunkan sistem MySMS 15888 bagi memudahkan penyampaian maklumat oleh semua jabatan dan agensi kerajaan melalui SMS dan perkhidmatan dalam talian.

Teks ucapannya dibacakan oleh timbalannya, Datuk Joseph Salang.

Rais berharap Ekspo Go Mobile anjuran kementeriannya selama dua hari bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mampu mendidik rakyat mengenai perkhidmatan MySMS itu.

Rais juga berkata, Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang akan dibentang di Parlimen bakal memacu pembangunan industri kreatif di Malaysia.

"Ia kelak bukan sahaja bakal memajukan industri kandungan tradisional seperti filem dan dokumentari, bahkan juga akan memajukan aspek-aspek kreatif yang lain seperti seni visual, pengembangan bakat seni dan sebagainya.

"Kita mahu industri kreatif ini dijadikan sebagai satu wahana untuk menjana pendapatan rakyat Malaysia dan memacu negara menjadi sebuah negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi," katanya.

Dasar Industri Kreatif Negara, yang merupakan garis panduan dan hala tuju bagi mengembangkan industri itu dijangka dibentangkan ke Kabinet sebelum akhir tahun ini.--Bernama

Sumber Asal

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute