Kenapa pula tiba-tiba aku tulis topik berkenaan wang RM10 polimer?, padahal aku tahu yang wang kertas tersebut sememangnya tidak wujud.....buku yang bertajuk “Standard Catalog of World Paper Money Modern Issues 1961 – Present, 15th Edition” yang menarik minat aku untuk menulis berkenaan perkara tersebut. Bagi sesiapa yang ada buku tersebut boleh buka mukasurat 627, terdapat satu tajuk “2004 ND polymer Issue”. Dibawah tajuk tersebut ada pula ditulis “10 Ringgit – ND (2004) Red Polymer Plastic”. Pelikkan? Sebab memang kita sedia maklum yang hanya ada Wang RM5 polimer sahaja yang digunapakai di Malaysia sekarang, dalam buku tu ditulis sebagai “5 Ringgit – ND (2004) Green Polymer Plastic”. Konfius kejap aku, kemudiannya aku terus mencari lagi dalam buku tersebut, mana tahu ada cerita selanjutnya ditulis pada mana-mana bahagian yang mungkin aku tak baca. Sila rujuk gambar dibawah;
- Berkemungkinan penulis buku tersebut mendapat informasi yang salah berkaitan matawang polimer yang digunakan di Malaysia.
- Kesalahan tersebut mungkin juga tidak disengajakan kerana dalam buku setebal 1112 mukasurat yang padat dengan maklumat, tidak mustail penulis boleh jadi keliru dengan fakta/info hendak ditulisnya.
- Selain itu, mungkin juga penulis/editor terlepas pandang semasa menyemak isi kandungan buku tersebut sebelum ianya di “finalize” dan dicetak.
Harapan aku adalah supaya penulis/editor buku tersebut membuat pembetulan segera bagi kesilapan maklumat/fakta yang diberikan supaya tidak mendatangkan kekeliruan terutama sekali kepada “collector” matawang Malaysia.
Pesanan aku kepada pengunjung blog my-koleksi, Jangan pula lepas ni ada pula yang mencari wang RM10 Polimer tandatangan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana memang tidak ada/wujud. Kalau nak cari juga aku tak menghalang, mana tahukan boleh dapat. Dunia sekarang macam-macam ada, yang mustahil pun boleh jadi tidak mustahil seperti Wang Kertas SA-PULOH siri pertama (1967 - 1972) watermark “Agong”......
Notes:
Sekiranya maklumat yang aku tulis ini salah, sila maklumkan kepada aku. Mana tahu aku pula yang terlepas pandang atau tersalah faham. TQ
1 comment:
haha! lawak2... mmg xde lah cite die...
Post a Comment