Cari Post lain disini

Wednesday, April 27, 2011

BNM Tidak Alami Kerugian Masalah Percetakan Wang Kertas

KUALA LUMPUR 5 April - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengalami sebarang kerugian atau beban kewangan ekoran masalah percetakan yang menyebabkan kekurangan wang kertas baru ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana di bawah perjanjian pesanan yang ditandatangani antara BNM dan syarikat pencetak wang kertas, syarikat tersebut bertanggungjawab ke atas segala kos, bayaran atau apa-apa tanggungan lain dalam melaksanakan kontrak percetakan yang diberikan.

"Kejadian itu berpunca daripada percetakan yang kurang jelas atau luntur sekiranya dibasuh menggunakan bahan cucian atau peluntur yang berat.

"Namun, BNM tidak alami kerugian ekoran masalah percetakan tersebut kerana segala kos ditanggung syarikat bertanggungjawab," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mengenai kerugian yang ditanggung BNM akibat kesalahan dalam percetakan wang kertas Malaysia yang menimbulkan masalah kekurangan wang kertas baru ketika Tahun Baru Cina.

Choo Keong juga ingin tahu agensi atau syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja percetakan wang oleh Thomas de la Rue di United Kingdom (UK) dan mengapa BNM tidak menuntut pampasan daripada syarikat terbabit.

Najib berkata, dalam kontrak pembekalan dan percetakan wang kertas, BNM hanya berurusan secara terus dengan syarikat-syarikat pencetak mata wang yang mempunyai reputasi tinggi serta memenuhi syarat-syarat ketat yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah BNM.

Antara syarat-syarat tersebut jelasnya, syarikat itu mempunyai status kewangan yang kukuh, mempunyai kepakaran, pengalaman, kualiti perkhidmatan, kapasiti dan keupayaan dalam teknologi mencetak.

Jelasnya, segala urusan seperti sebut harga, pembayaran dan urusan penghantaran adalah dibincangkan secara terus dengan syarikat-syarikat tersebut tanpa melalui broker atau ejen.

Najib memberitahu, BNM juga sentiasa memantau kedudukan bekalan wang kertas di dalam pasaran bagi memastikan ia mencukupi untuk memenuhi keperluan orang ramai.

"BNM juga turut mengambil maklum tentang permintaan yang tinggi ke atas wang kertas baru bagi kegunaan semasa musim-musim perayaan dan memastikan permintaan tinggi ini dipenuhi dengan membekalkan stok wang kertas yang mencukupi," katanya.

1 comment:

kurosagi said...

maybe he(wee choo) is good in politic, but he knows nothing about banknotes printing~ TDLR, as far as i remember, they print our money since world war 1~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute