Syiling Peringatan Sempena WWF yang aku berjaya dapat, no: 161
Diambil dari akhbar Kosmo, 25 November 2011
Pagi 25 Nov lepas, aku masuk pejabat awal untuk check e-mail dan siapkan kerja apa yang patut. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, kerja mesti diutamakan terlebih dahulu. Kalau tak nanti, masak aku nak menjawab dengan Boss. Lepas semua settle, aku pun merempit ke BNM Kuala Lumpur dan lebih kurang pukul 8.15 pagi aku sampai. Masa tu tak ramai sangat orang beratur, aku pun ambil beberapa keping gambar untuk dikongsi dalam blog my-koleksi;
Tak ramai sangat orang yang datang pagi tu, may be ada yang tak tahu lagi yang hari ni ada syiling baru keluar. BNM pun buat pengumunan lambat kerana Embargo: Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 2100 pada hari Khamis, 24 November 2011
Kali ni aku tengok kawalan yang dijalankan oleh BNM agak ketat sikit, pegawai yang bertugas pun nampak macam garang tapi sekali sekala bila senyum tu....nampak manis pula...hehehe
Siapa yang dapat port sebelah tembok atau dinding bolehlah bersandar kejap untuk hilangkan rasa lenguh, aku yang belakang ni....korang faham-fahamlah, kena berdiri sampai kebas kaki....tapi tak pa, habuan menunggu dihadapan.
Masa ni ramai dah letih menunggu, ada yang keluar barisan sekejap untuk bersandar bagi menghilangkan rasa lenguh dan kebas, walaupun keluar barisan tetapi jangan haraplah korang boleh selit masuk di depan diorang. kalau buat juga.....alamatnya ada yang akan kena pelangkong (faham tak pelangkong tu apa?... hehehe)
Nampak tak yang beratur depan pintu masuk tu?, respeklah aku dengan seorang nyonya tu...dengar cerita yang depan-depan tu semua datang sekitar pukul 3.00 - 4.00 pagi semata-mata untuk beli syiling "GOLD". Sekarang jam menunjukkan pukul 9.00am, lama juga diorang menunggu....
"Ok, sekarang anda semua boleh masuk", mugkin itu yang diberitahu oleh pegawai BNM yang sedang bertugas masa tu. Aku agak-agak saja sebab aku kan di belakang, Jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi.
hhhhhhaaaa!!!!...tu dia banting syiling peringatan kita..... WWF
Masa ni aku dah dekat pintu automatik nak masuk blok D, tempat yang jual syiling tersebut. Penat aku dok mengelak dari tersepit pintu, sekarang pun masih tak ramai lagi orang yang datang.
Dekat dalam punyalah ramai orang berbaris, kali ni lambat sikit proses untuk membeli sebab kaunter dibuka hanya satu sahaja. Ada pula syarat baru telah dikeluarkan oleh BNM untuk membeli syiling kali ni dan pembeli juga dilarang melanggar garisan putih berhadapan kaunter pembelian.....mesti "one by one" masuk. :D
Syaratnya, anda semua boleh baca sendiri....dengan syarat baru tersebut ramai "dealer" dan "collector sementara" hampa. Tak cukup dengan syarat tersebut, pegawai BNM juga tidak membenarkan pembeli yang sudah membeli syiling tersebut beratur untuk kali ke-2 untuk membeli lagi syiling tersebut. Ini bermakna, kalau dah beli syiling....kena terus balik.
Pemerhatian dan Cadangan aku;
- Syarat yang BNM buat tu dah cantik tapi pasal apa pula BNM buka lagi kaunter jualan dekat Sansana Kijang. "Dealer" dan "Collector Sementara" tu tak boleh nak beratur kali ke-2 di BNM Kuala Lumpur tapi diorang boleh pergi pula beratur dekat Sansana Kijang untuk dapat set kedua. Syok aku tengok gelagat diorang, berlakon macam tak pernah beli syiling peringatan, walhal baru saja beli tadi.
- Lepas ni BNM perlu lebih bijak lagi...kalau nak buka kaunter jualan di Sansana Kijang pun biarlah 1 atau 2 hari selepas syiling tersebut dijual.
- Elok kalau BNM guna sepenuhnya fungsi fotographer yang dilantik dengan sebaik mungkin untuk ambil gambar setiap pembeli, kalau cara tu susah sangat...apa kata ambil video terus. Selepas ni, senang sikit BNM nak kenal pasti yang mana satu "collector yang original", "dealer" dan juga "collector sementara". Dengan adanya gambar tersebut, bolehlah BNM adakan sedikit briefing sebelum jualan dibuat dan set target. Rasanya cara ini sahajalah BNM dapat mengawal had pembelian, supaya mereka yang betul-betul berminat untuk beli dan simpan syiling dan matawang lama dan baru mendapat "barang" tanpa perlu membeli dari "dealer" dan "collector sementara" dengan harga yang jauh lebih mahal dari harga asal. Senang cakap....bila langkah turun dari tangga Blok D, harga pun dah jadi lain.
- BNM mesti pandai baca taktik "dealer" dan "collector sementara", boleh dilihat mereka ini akan datang bawa anak 2/3 orang dan/atau sedara mara dan/atau bibik dan/atau mak dan/atau ayah untuk tolong mereka beli. Nak kenal senang saja, mesti diorang ni beratur berturutan (teamwork tu memang nampak). Bagi aku, mereka boleh beli tapi mesti beli yang berlainan, sebagai contoh kalau sorang dah beli "Single Gold" yang lain kena beli selain dari yang tu. Kadang-kadang diorang ni pun pandai juga, kalau ditanya oleh pegawai BNM bertugas...mesti diorang tak mengaku. Nak kantoikan mereka senang saja, suruh saja sorang polis bantuan yang ada dekat-dekat situ untuk follow dan pastikannya....betul ke diorang tu bukan datang dari Family atau Team yang sama. Selamat Mencuba... :D
- Dengan cara diatas, aku rasa "collector yang original" macam aku akan dapat membeli setiap syiling dan matawang baru yang dikeluarkan dan akan dikeluarkan oleh BNM tanpa masalah. Dengan cara ini, fungsi orang tengah akan dapat dikurangkan. Aku penah tak dapat beli syiling Peruf silver satu masa dulu, yang sedihnya orang depan aku dapat....aku jadi orang yang last tak dapat beli....sedih betul lah rasa masa tu. Aku tak dapat beli kerana yang depan-depan dah sapu bersih dengan setiap sorang beli 4 set (Set of 3, set of 2, single Gold and single Silver) sekali gus dan ditambah pulak dengan yang emas nordic 5 keping minimum. Kalau diaorang bawa 4 orang....dah berapa diorang dapat beli, kiralah sendiri.... :D
No comments:
Post a Comment