Cari Post lain disini

Loading...

Monday, January 30, 2012

Colley, Geoffrey (1934 – ?)

Tajuk kali ini khas aku buat untuk menceritakan serba sedikit yang aku tahu berkenaan Geoffrey Colley yang merekabentuk Syiling Malaysia Siri Parlimen bermula pada tahun 1967 – 1988 (1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen). Susah betul nak mendapat maklumat berkenaan dengan beliau, sebelum ini Initial “GC” yang terdapat dibahagian bawah gambar Parlimen pada syiling memang menjadi persoalan kepada kebanyakkan pengumpul baru dan lama (mungkin sebahagin sahaja)Ada yang menyatakan yang “GC” bermaksud “Government Coin” (aku pun fikir benda yang sama suatu masa dulu). Hasil dari membaca buku dan carian dari Internet, sebenarnya  ”GC” bermaksud Geoffrey Colley iaitu singkatan nama bagi Pereka Syiling Siri Parlimen Malaysia. Lepas ni harap jangan ada lagi yang silap faham maksud “GC”

Sila rujuk dibawah untuk makluman lanjut berkenaan Geoffrey Colley;

Initial “GC” yang aku ambil dari syiling 1 sen tahun 1985

Geoffrey Colley - Mr. coffeetime (sumber: www.worldofcoins.eu)

Gambar Geoffrey Colley yang mungkin diambil dari akhbar – Terima kasih diucapkan kepada Mr. coffeetime (sumber: www.worldofcoins.eu)

Geoffrey Colley dilahirkan di  Gillenham, Kent, UK, pada tahun 1934. Geoffrey Colley mendapat pendidikan dalam senilukis di Kent and London. Antara ciptaan-ciptaan yang dihasilkan oleh beliau adalah: Battle of Britain 25th Anniversary, Desert War 25th Anniversary, Albert Einstien, Maiden Voyage of Queen Elizabeth II 1969, General Dwight David Eisenhower, 900th Anniversary of the Norman Conquest 1966 and eight medals honoring the American Revolution.

Di antara Negara yang pernah beliau hasil rekabentuk syiling adalah;

  1. Aruba O&R/ 10 F. 2002 (com.) KM-24. 
  2. Bermuda R/ 1 Cr. KM-13, 14. 
  3. Fiji R/ 1 D. 1970 KM-33. 
  4. Bahrain
  5. Iceland
    • 50 kronur


  1. Iraq
  2. Malaysia -  Syiling Malaysia Siri Parlimen bermula pada tahun 1967 – 1988 (1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen)
  3. Nigeria
    • ½ kobo - Cotton plants
    • 1 kobo - Oil derricks.  
    • 5 kobo - Cocoa beans.
    • 10 kobo - Palm trees.
    • 25 kobo - Peanuts.


  1. Rwanda
  2. Trinidad & Tobago
  3. United Arab Emirates.
    • 1  fils - Palm tree.
    •  5  fils - Mata Hari fish.
    • 10 fils - Arab dhow.
    • 25 fils - Goitred gazelle.
    • 50 fils - Oil derricks.
    • 1 dirham - Arab coffee can.

Rujukan dan Sumber asal;

  1. Coin Designers, Modelers and Engravers, 2008 EDITION , Charles R. Hosch
  2. www.worldofcoins.eu
Note: 

Sekiranya ada maklumat yang aku berikan disini salah atau tidak tepat, harap maklumkan kepada aku kembali dan sekiranya anda ada maklumat lain berkenaan Geoffrey Colley, bolehlah e-mail mykoleksi@yahoo.com 

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute