Cari Post lain disini

Monday, January 23, 2012

Sukom Harap Kumpul RM5j - Jualan Wang Kertas Menjelang KL '98

Bersempena Cuti Chinese New Year, kali ni aku ingin berkongsi cerita "LAMA" berkenaan wang kertas sempena memperingati Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur '98 (KL '98) yang aku ambil dari akhbar Utusan Malaysia 26 Julai 1998, bagi yang belum baca harap dapat enjoy. Aku rasa ianya sangat menarik untuk dikongsi, bertambah lagi info yang aku dapat berkenaan wang kertas tersebut :D.




|
|
|
|
V

LONDON - Sukom Ninety Eight Berhad (Sukom '98) berharap untuk mengumpul sejumlah RM5 juta dari jualan wang kertas sempena memperingati Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur '98 (KL '98), September ini, kata Pengerusi Eksekutifnya, Jen. (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali, pada pelancaran wang kertas itu, di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, semalam.

Wang kertas RM50, yang dicetak menggunakan teknologi polymer Australia mencatat dua sejarah - wang kertas pertama polymer di dunia yang menggunakan dua permukaan keselamatan dan juga wang kertas peringatan yang pertama untuk acara sukan penting.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas pelancaran itu, Tan Sri Hashim mengakui jualan tiket luar Malaysia kurang memuaskan dan ini disebabkan syarat yang dikenakan oleh Perhimpuanan Agung Sukan Komanwel yang memberi kuasa mutlak kepada Persatuan Sukan Komanwel menjual tiket berkenaan di negara masing-masing.

Beliau berkata, Malaysia telah berusaha selama dua tahun untuk mengubah syarat ini, tetapi tidak berjaya sehingga Perhimpunan Agung Sukan Komanwel bermesyuarat.

Sasaran jualan tiket sebelum ini ialah 70 peratus dalam negara dan 30 peratus luar negara, tetapi telah diubah menjadi 80-20 sekarang, tambah beliau.

''Jualan tiket sekarang telah melepasi angka 100,000 dan saya percaya menjelang bulan Ogos, ia akan meningkat,'' kata beliau.

Mengenai laporan akhbar di sini terhadap bumbung bocor dan bilik air tersumbat di stadium-stadium Kompleks Sukan Nasional, Tan Sri Hashim berkata, ia masalah kecil.

Kepada soalan mengenai penarikan diri Carlsberg sebagai penaja disebabkan bantahan dari masyarakat Islam, beliau berkata, kerugian sebanyak RM5 juta dari tajaan itu ''tidaklah banyak sangat dan tidak menjejaskan urusan belanjawan Sukom.

''Kerugian itu boleh ditampung dari sumber lain, seperti jualan wang kertas peringatan ini dan juga duit syiling emas sempena sukan ini,'' kata beliau.

Beliau menjangka 50,000 hingga 80,000 pelancong akan melawat Malaysia menyaksikan temasya ini, September akan datang.

Sebelum itu, dalam ucapan pada majlis pelancaran wang kertas yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Mohamad Amir, Tan Sri Hashim berkata, sejumlah 69 negara telah menerima undangan Malaysia untuk menyertai temasya ini.

''Visi kita ialah untuk memperkenalkan Malaysia melalui sukan,'' kata beliau.

Jualan wang kertas itu bermula selepas pelancaran di suruhanjaya itu.

Wang kertas RM50 dijual pada kadar istimewa pi902418.50 pada hari pelancaran, kurang pi90241 dari hari biasa, untuk tetamu undangan dan juga kakitangan suruhanjaya yang hadir.

Pengarah Urusan CCI, Shane Sullivan berkata, pada minggu pertama wang ini dijual di Malaysia pada 1 Jun lepas, hampir 100,000 daripada 500,000 wang ini telah dijual.

Beliau berkata, wang kertas itu diberi nombor dari 1 hingga 1000 dan kira-kira 300 nombor yang dikatakan ''berharga'' dan banyak pembeli, seperti nombor 8888, yang memberi makna tertentu terutama kepada orang Timur Tengah, telah disimpan dan akan dijual secara lelong kemudian.

Tawaran untuk membeli nombor-nombor ini bermula dengan RM750, akan ditutup pada 14 Ogos 1998.

Sullivan berkata, wang kertas RM50 yang bermula dengan nombor 1, boleh dijual dengan harga antara RM10,000 dan RM20,000.

Beliau juga berkata pembeli wang peringatan di UK telah menunjukkan minat kepada wang ini. - Bernama

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute