Sila rujuk gambar diatas yang aku ambill dari Facebook Rasmi BNM, anda boleh baca untuk maklumat lanjut. Tahniah aku ucapkan kepada BNM, syarat baru ini amat membantu collector seperti aku. Aku rasa Dealer mesti kurang senang dengan syarat baru diatas kerana mereka terpaksa mengupah ramai orang untuk tolong membeli. Aku rasa, sudah tiba masanya BNM perlu memikirkan syarat yang sesuai untuk dealer pula kerana kalau dilihat sekarang.....harga set premium Mata Wang Kertas Siri Baharu yang dikeluarkan pada 22 Disember 2011 yang lalu sudahpun dijual dengan harga sekitar RM400 - RM600 (kalau no. siri cantik, lagilah mahal harganya)
Cadangan aku, apa kata BNM guna konsep seperti yang digunakan untuk check CCRIS;
- Pembeli/dealer perlu masukkan MYKAD/MYKID/no. company + scan cap jari
- Data berkaitan (contoh - gambar, nama dan alamat) dari MYKAD/MYKID/no. company akan automatik register dalam database BNM untuk kegunaan semua cawangan BNM termasuk sekali Sasana Kijang.-Kalau nak lagi mudah link terus dengan JPN
- Selepas itu, satu Pop-up akan keluar untuk staff BNM mengisi makumat pembelian (contoh - kuantiti, jenis set dan jumlah) beserta no. siri untuk Mata Wang Kertas atau no. sijil bagi syiling peringatan peruf
- Print resit selepas makumat pembelian lengkap diisi.
Proses diatas nampak seperti melambatkan pembelian tetapi sebenarnya ianya memudahkan BNM sekiranya untuk track balik matawang dan syiling khas/peringatan yang dikeluarkan/dijual beserta maklumat pembeli bagi mengelakkan ada pembeli yang sama membeli lebih daripada 1 set. Kalau nak cepatkan lagi proses pembelian, mudah saja........BNM perlu perbanyakkan jumlah kaunter jualan dari dahulunya hanya 2 kaunter kepada 4 kaunter.
Aku pun sekarang tengah track balik wang kertas lama (yang dah tak elok.....heheh) yang aku penah tukar dengan BNM dan jual dulu, mana tahu ada pula nanti dijual semula dalam ebay atau mudah.
Aku pun sekarang tengah track balik wang kertas lama (yang dah tak elok.....heheh) yang aku penah tukar dengan BNM dan jual dulu, mana tahu ada pula nanti dijual semula dalam ebay atau mudah.
Pembeli pula mestilah belajar cara beratur dengan betul dan berdisipin supaya yang datang dulu mesti didahulukan untuk membeli, sila masuk link Suasana Semasa Membeli Mata Wang Siri Baharu Malaysia 2012
Mungkin kita boleh belajar dari video diatas, mereka beratur dengan sabar semata-mata untuk menghadiri Comiket, fiesta komik di Jepun - Blogserius
No comments:
Post a Comment