Cari Post lain disini

Tuesday, January 31, 2012

Syiling 20 sen Siri Baru 2012 Error "Off Center"

Seperti yang anda semua sedia maklum, syiling siri baru 2012 mula berada di edaran pada 16 Januari 2012 lalu, aku rasa syiling ni pun dah ada ditangan anda  sekarang bukan? kalau tak ada pun tak pa....nanti ianya akan menyusul, tak perlu nak sibuk-sibuk cari dan tukar dengan bank. 

Apa yang pasti syiling tersebut mesti tertera tahun 2012 diatasnya, kalau anda dapat syiling yang tertera tahun 2011.....maknanya ada orang yang dah buka folder syiling siri baru yang telah dijual oleh BNM. Ok, sebenarnya aku nak cerita berkenaan syiling  20 sen siri baru yang ada error "Off Center".

Oleh kerana aku tak ada kerja nak buat, sambil lepak-lepak tu aku pun belek-beleklah syiling yang aku keluarkan dari poket seluar aku. Tetiba aku perasan ada sesuatu yang pelik dengan syiling 20 sen siri baru yang aku dapat....syiling ni error "Off Center". Lepas tu apa lagi aku ambil kamera aku dan snap la gambar untuk aku share dalam blog, lepas selesai....syiling tersebut pun selamatlah aku simpan sebagai koleksi.

Ok, sekarang mari kita belajar apa itu "Off Center" dan bagaimana ianya boleh berlaku, dibawah adalah sedikit penerangan ringkas dari aku;

"Off Center" kebiasaannya berlaku apabila kedudukan Planchet  tidak berada tepat pada tengah-tengah Chamber semasa proses tempaan syiling sedang dijalankan. Jadi, tempaan syiling yang terhasil akan senget dari kebiasaannya. Syiling error seperti ini boleh berlaku pada semua bahagian dan arah, semuanya bergantung pada kedudukan Planchet.


"Off Center" hanya berlaku bahagian depan syiling sahaja

Bahagian belakang syiling pula adalah normal

Mesin untuk menempa Duit Syiling  

3 comments:

depankanta said...

Salam collect and see,
Tahniah,walaupun agak minor off centre pada syiling ini ianya adalah penemuan yg pertama dipamirkan.Biasanya syiling off centre ada die progression dan kalau bernasib baik akan ditemui yg lebih major..Semoga banyak lagi error2 lain akan menyusul nanti.
Bagi kami di Kelantan,syiling siri ke3 masih sukar dijumpai dalam edaran..
Syabas dan terima kasih banyak2

edy.othman said...

Salam,
aku dah ada lebih 13 keping 20sen ni... semua offcentered..

my-koleksi said...

Salam depankanta;

Terima kasih, walaupun hanya minor utk kali ni....mungkin dimasa akan dtg akan muncul yang major pula.

TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute