Hasil Experimental aku dan “Ajib” yang pertama iaitu Lukisan Warna Wang Kertas RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein
Experimental yang dihasilkan diatas adalah hasil gabungan Idea aku dan bakat melukis “Ajib”, idea ini tercetus apabila aku melihat gambar yang menunjukkan bagaimana wang kertas diukir dan dilukis. Teruja pula aku tengok orang tu lukis......
Melukis gambar wang kertas sememangnya bukan satu perkara mudah kerana ianya mengambil masa yang lama dan juga memerlukan motivasi diri yang tinggi terutama sekali bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba. Kalau dah otai seperti pelukis dalam gambar diatas, aku rasa tak menjadi masalah, pejam sebelah mata pun boleh buat.
Bagi melialisasikan experimental ini, aku mula memikirkan ciri-ciri wang kertas yang bagaimana sepatutnya aku gunakan sebagai "model". Kalau boleh aku nak lukisan yang bakal dihasilkan nanti benar-benar bermakna dan bernilai tinggi (bagi akulah).
Hari ni mari kita belajar pula berkenaan dengan Destar , jika kita rujuk Kamus Dewan edisi keempat - Destar bermaksud setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala. ms 345
Tahukah anda apa nama Destar yang yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama seperti yang tertera pada setiap Wang Kertas Malaysia? bagi yang belum tahu, ni aku nak bagi tahu.......Destar tersebut dikenali sebagai "Dendam Tak Sudah". Kalau nak tahu lebih lanjut tentang "Dendam Tak Sudah", anda boleh rujuk makumat dibawah;
Sebelum tu, mari kita layan dulu video Majlis Istiadat penuh Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIV yang berlangsung pada 11 April 2012 yang lalu dan anda jangan lupa cari Destar "Dendam Tak Sudah" dalam video tersebut......hehehe
Dendam Tak Sudah : Tengkolok Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tengkolok yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Di bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan ditengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
Dendam Tak Sudah : Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Pakaian hulu D.Y.M.M Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan baru yang berasaskan kepada ikatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah pakaian hulu rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak di sebelah kiri, yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.
Dendam Tak Sudah : Tengkolok KDYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Di Negeri Sembilan istilah destar disebut sebagai deta sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan nke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah negeri.
Sekelungsung Bunga : Tengkolok KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Tengkolok ’Sekelunsung Bunga’ yang diperbuat daripada kain songket yang warna natarnya biru kundang bersulam kencana ini adalah pakaian hulu rasmi yang dipakai D.Y.M.M Sultan Pahang pada masa sekarang.
Walaupun bentuk destar ini agak ringkas dengan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah kelungsung bunga, seperti terdapat perbezaan di antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan destar yang dipakai oleh orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil ’sula’.
Koleksi yang RARE Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 selain daripada setem keluaran Pos Malaysia, aku terjumpa pun secara tidak sengaja semasa meng"GOOGLE" tentang cerita dan maklumat berkenaan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14.
Maklumat berkenaan Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 aku dapat dari blog - tengkusyah.blogspot.com . Ceritanya boleh baca dibawah, aku dah "copy and paste" (minta izin tuan Blog);
12.04.2012, Khamis - Inilah dia cenderahati daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang diberikan kepada para jemputan khas ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Iannya merupakan Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham, Purity Ag999, berat 29.75g dengan diameter 38mm. Setiap wang siling disertakan dengan nombor siri. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya sebagai koleksi peribadi istiadat pertabalan yang bersejarah ini dimana ianya adalah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dan yang uniknya ianya merupakan pertabalan kedua Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sumber :- Gambar dari Engku Azuan Posted by tengkusyah at 2:16 PM
Disebabkan ada pembaca blog my-koleksi memberi komen berkenaan isu kesilapan pada "Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham". Jadi, sekarang aku tolong betulkan kesilapan tersebut....sepatutnya penulis asal tengkusyah.blogspot.com mengantikan dengan "Duit siling emas perak edisi khas bernilai 10Dirham". Bagi aku kesilapan tersebut adalah minor yang mungkin terjadi disebabkan oleh "typo error" sahaja....aku ignore saja benda macam ni :D
FYI, aku bukan penulis asal...apa yang aku nak highlight disini adalah tentang wujudnya "Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14" dalam bentuk syiling perak/silver yang sudah tentu menjadi idaman Pengumpul Matawang Lama dan Baru seperti aku tetapi apakan daya....ianya adalah syiling perak/silver keluaran khas yang diberikan kepada para jemputan khas yang hadir ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tak mungkin aku akan memilikinya......sob....sob....sob
Sekiranya ada lagi kesilapan atau pembetulan yang dikesan oleh pembaca blog my-koleksi, diharap anda boleh maklumkan terus kepada penulis asal Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Aku cuma "copy" dan "paste" sahaja untuk tujuan ingin berkongsi apa yang aku jumpa dan tahu.
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kepada orang ramai bahawa wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran.
Dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baharu ini, Bank Negara Malaysia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak bulan Disember 2011 bagi membolehkan peralihan kepada wang kertas siri baharu ini berjalan lancar.
Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai dikehendaki untuk memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut.
Vendor dan pihak berkaitan lain yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau menelefon 03 – 2698 8044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my.
Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuklah aku. Tender untuk nombor plat ini akan dibuka untuk tempahan/tender selama 14 hari mulai 8 pagi 30 April hingga 12 tengah hari 14 Mei 2012, bagi yang berminat untuk memiliki nombor plat WWW 1 hingga WWW 9999, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan/tender kerana JPJ menjangkakan nombor plat ini bakal laris macam goreng pisang panas seksyen 19 Shah Alam......sedap sungguh goreng pisang pak Azmi.....hehehe
Nombor plat aku WWW....... nanti aku bagi tau (tu pun kalau aku berjaya dapat) :D
Aku menjangkakan nombor plat WWW 1 dan WWW 9999 mungkin akan menjadi nombor plat pertama dan kedua TERMAHAL dalam sejarah Malaysia.
WWW adalah;
WWW bermaksud "World Wide Web"
WWW juga bermaksud W3 / W3C
WWW diminati kerana ulangan huruf W yang sebanyak 3 kali, mana nak jumpa lagi lepas ni. Nak tunggu WWWW aku rasa memang tak sempat dah, sekali pandang nampak macam mata gergaji....hehehe
Target Nombor plat yang bakal aku beli selepas WWW adalah KDH.... KEDAH