Cari Post lain disini

Sunday, April 8, 2012

Plat WWW 1 dijangka Termahal, Tender dibuka Pada 30 April 2012.


Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuklah aku. Tender untuk nombor plat ini akan dibuka untuk tempahan/tender selama 14 hari mulai 8 pagi 30 April hingga 12 tengah hari 14 Mei 2012, bagi yang berminat untuk memiliki nombor plat WWW 1 hingga WWW 9999, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan/tender kerana JPJ menjangkakan nombor plat ini bakal laris macam goreng pisang panas seksyen 19 Shah Alam......sedap sungguh goreng pisang pak Azmi.....hehehe

Nombor plat aku WWW....... nanti aku bagi tau (tu pun kalau aku berjaya dapat) :D

Aku menjangkakan nombor plat WWW 1 dan WWW 9999 mungkin akan menjadi nombor plat pertama dan kedua TERMAHAL dalam sejarah Malaysia. 

WWW adalah;

  1. WWW bermaksud "World Wide Web"
  2. WWW juga bermaksud W3 / W3C
  3. WWW diminati kerana ulangan huruf W yang sebanyak 3 kali, mana nak jumpa lagi lepas ni. Nak tunggu WWWW aku rasa memang tak sempat dah, sekali pandang nampak macam mata gergaji....hehehe
Target Nombor plat yang bakal aku beli selepas WWW adalah KDH.... KEDAH



Sila baca dibawah untuk mendapat maklumat lanjut

PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.

KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber : www.kosmo.com.my



Sanggupkah anda  bayar RM500,000 untuk nombor plat ini? - nombor plat "WWW 1", tender bidaan plat termahal dalam sejarah Malaysia dibuka mulai 30 April ini.

JPJ jangka plat WWW 1 mampu cecah harga RM500,000,  Plat WWW 1 Termahal

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute