Cari Post lain disini

Loading...

Thursday, April 12, 2012

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu akan Berada dalam Edaran Mulai 16 Julai 2012




Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kepada orang ramai bahawa wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran.

Dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baharu ini, Bank Negara Malaysia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak bulan Disember 2011 bagi membolehkan peralihan kepada wang kertas siri baharu ini berjalan lancar.

Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai dikehendaki untuk memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut.

Vendor dan pihak berkaitan lain yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau menelefon 03 – 2698 8044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my.

Bank Negara Malaysia
12 April 2012

© Bank Negara Malaysia, 2012. All rights reserved.

Sumber : www.bnm.gov.my

3 comments:

azahar jaafar™ said...

Salam... 16/7? Tapi kenapa semalam (12/7) saya dah dapat RM1 siri baru ni di kedai? Prefix AK6192596.. Adakah Bank Negara (Penang) terlepas wang ni awal?
Azahar Jaafar / Sg Petani
azaharkkm2@gmail.com

Zahidah Zaini said...

Assalammualaikum. saya ada sekeping duit RM10 baru yang berbeza wrna pada bunga rafflesia dengan duit RM10 yang biasa. Ada lg perbezaannya tetapi sy dpt tunjukkan melalaui gamabr shj. Jika encik berminat, saya nak jual duit tersebut. boleh hubungi sy di zahidahzaini91@gmail.com

Zahidah Zaini said...

assalammualaikum. saya ada sekeping RM10 baru yang sangat unik kerana terdapat beberapa perbezaan warna pada duit tersbut dengan duit RM10 biasa. saya nak jual duit tu, kalau encik berminat boleh hubungi saya di zahidahzaini91@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute