Cari Post lain disini

Loading...

Friday, April 13, 2012

Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

Koleksi yang RARE Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 selain daripada setem keluaran Pos Malaysia, aku terjumpa pun secara tidak sengaja semasa meng"GOOGLE" tentang cerita dan maklumat berkenaan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14. 

Maklumat berkenaan Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 aku dapat dari blog -  tengkusyah.blogspot.com . Ceritanya boleh baca dibawah, aku dah "copy and paste" (minta izin tuan Blog);



12.04.2012, Khamis - Inilah dia cenderahati daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang diberikan kepada para jemputan khas ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Iannya merupakan Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham, Purity Ag999, berat 29.75g dengan diameter 38mm. Setiap wang siling disertakan dengan nombor siri. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya sebagai koleksi peribadi istiadat pertabalan yang bersejarah ini dimana ianya adalah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dan yang uniknya ianya merupakan pertabalan kedua Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Sumber :- Gambar dari Engku Azuan
Posted by tengkusyah at 2:16 PM 

Sumber asal: tengkusyah.blogspot.com



updates 19 April 2012


Disebabkan ada pembaca blog my-koleksi memberi komen berkenaan isu kesilapan pada " Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham ". Jadi, sekarang aku tolong betulkan kesilapan tersebut....sepatutnya penulis asal tengkusyah.blogspot.com mengantikan dengan "Duit siling emas perak edisi khas bernilai 10Dirham".  Bagi aku kesilapan tersebut adalah minor yang mungkin terjadi  disebabkan oleh "typo error" sahaja....aku ignore saja benda macam ni :D


FYI, aku bukan penulis asal...apa yang aku nak highlight disini adalah tentang wujudnya "Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14" dalam bentuk syiling perak/silver  yang sudah tentu menjadi idaman Pengumpul Matawang Lama dan Baru seperti aku tetapi apakan daya....ianya adalah syiling perak/silver keluaran khas yang diberikan kepada para jemputan khas yang hadir ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tak mungkin aku akan memilikinya......sob....sob....sob


Sekiranya ada lagi kesilapan atau pembetulan yang dikesan oleh pembaca blog my-koleksi, diharap anda boleh maklumkan terus kepada penulis asal Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Aku cuma "copy" dan "paste" sahaja untuk tujuan ingin berkongsi apa yang aku jumpa dan tahu.


Apa-apa pun aku berterima kasih kepada tengkusyah.blogspot.com kerana share info tersebut, kalau tak.......mungkin aku dan pembaca blog my-koleksi tak tahu adanya Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14


Terima kasih 
my-koleksi

4 comments:

dharfizi said...

perhaps its actually silver? "Dirham" is for silver, whereas "Dinar" is for gold. furthermore, its Ag999. Ag stands for Argentum = Silver, rather than Au = Gold. Just my MYR 0.02.

nice stuff anyway...

bashsyar said...

ni syiling perak, bknnyanya syiling emas.mn ada dirham diperbuat dr emas.
jika dibwat dr emas akn di panggil dinar.
jika sy salah betolkan ya.

bashsyar said...

ni duit perak bknnya duit emas.
dirham=perak@silver
dinar=emas@gold.
jika sy salah harap dibetolkan ya....:)

my-koleksi said...

Salam dan Selamat Sejahtera

Terima kasih diatas comment anda dan aku memang bersetuju. aku memang ada perasan dari awal lagi tp aku sj x nak commnet berkenaan perkara tersebut;

dirham=perak@silver
dinar=emas@gold

Saya rasa lebih baik saudara inform kepada penulis asal cerita tersebut kerana apa yang aku nak highlight bagi tajuk tersebut bukanlah fokus kepada dirham atau dinar tetapi berkenaan dengan "Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14". Aku sebagai seorang collector sangat berminat untuk memilikinya tetapi apakan daya....ianya adalah keluaran khas untuk tetamu VIP sahaja

Apa-apa pun terima kasih diatas komen dan keperihatinan yang diberikan

Teruskan berkunjung ke blog my-koleksi

TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute