Cari Post lain disini

Tuesday, May 29, 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia


Bank Negara Malaysia mengeluarkan dua jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak hari ini.


Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling

Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.
Reka bentuk lengkap duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara Malaysia
29 May 2012

Sumber asal: www.bnm.gov.my

4 comments:

Iaryylr said...

iaryylr pernah jadi pengakap waktu darjah 3 dulu...

Iaryylr said...

iaryylr pernah jadi pengakap waktu sekolah rendah dulu...

my-koleksi said...

Salam iaryylr;

Aku pun dulu masa sekolah rendah pun jd pengakap juga.....tp bukan pengakap puteri.....hehehe

Baju pengakap aku asanya da lagi kot, kena check blk nanti dkt kampung
:D

iris hunny said...

salam,

nk beli emas nordic tak? fespic punye medalion coin? if intersted, ada org nk jual



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute