Cari Post lain disini

Monday, May 28, 2012

Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia???

Sambil buat kerja, sambil aku melawat blog member-member yang ada di sebelah kiri blog aku. Tiba-tiba aku tertarik dengan tajuk yang ditulis oleh Lunaticg iaitu berkenaan Persatuan Pandu Puteri coin rumours. kalau nak tahu jempautlah masuk ke blog Lunaticg, anda semua boleh baca disana.

Kebiasaannya, kalau aku nak info......aku akan bertanya dengan Pak Cik GOOGLE atau Mak CIk YOUTUBE....mereka memang tak pernah menghampakan aku selama ini, ada saja maklumat yang boleh diperolehi. Apa yang penting kita kena rajin untuk berusaha, kalau malas tak dapat la Pak Cik my-koleksi nak tolong. Walaupun mood aku tak berapa ok hari ni sebab aku baru kalah tender nombor pendaftaran siri WWW, hobi aku yang utama tetap aku teruskan. Blog my-koleksi mesti diteruskan dengan koleksi info yang terkini dan menarik berkenaan Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia.

Hasil carian yang diperolehi dari pak cik GOOGLE, aku rasa maklumat yang diberikan oleh Lunaticg aku rasa hampir tepat, kalau nak tepat lagi kena tunggu 12:01am 29 Mei 2012. Anda boleh check website http://www.bnm.gov.my/, disana sudah pasti akan diumumkan sekiranya  betul esok 29 Mei 2012 ada pengeluaran Syiling Peringatan sempena 100 tahun Persatuan Pandu Puteri. 

Jika mengikut apa yang aku jumpa dalam website http://www.panduputeri.org.my/, rasanya 99% dah hampir tepat dan bukan rumours lagi...dalam website pun ada tertulis 29 Mei 2012 akan dilancarkan, cuma untuk pastikan lagi 1%, sekali lagi jangan lupa check website http://www.bnm.gov.my/ pada pukul 12:01am 29 Mei 2012

"Limited edition GGAM-WAGGGS centenary commemorative coins. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah, GGAM Royal Patron will launch the coins on 29 May 2012. Hurry, place your orders with GGAM or any GGAM branch."




Kalau ikutkan pengalaman aku, kalau dilancarkan pada 29 Mei 2012, berkemungkinan besar akan dijual di BNM pada 30 Mei 2012, tetapi kalau ada siapa-siapa yang dapat jemputan dan pergi kemajlis pelancaran tersebut. Anda mungkin berpeluang untuk mendapatkannya pada hari ianya dilancarkan. Sama macam pelancaran Wang Kertas Siri Baharu Malaysia dulu di Sasana Kijang, ada yang dapat beli masa hari pelancaran. Orang macam aku....beratur sampai nak tercabut kepala lutut untuk mendapatkan Wang kertas Siri Baharu tersebut pada keesokkan harinya, jemput baca sini pengalaman aku untuk mendapatkan Wang Kertas Siri Baharu pada 22 Disember 2012.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute