Cari Post lain disini

Thursday, June 28, 2012

Harga Syiling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV dah NAIK Tapi BNM Belum Jual Lagi kan??

Harga sudah "UP" rupanya di FB (22 Jun 2012), walaupun syiling ini mula dijual pada 28 Jun 2012

Seperti yang kita tahu, Duit syiling peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV akan mula dijual pada pagi ni (28 Jun 2012) di BNM dan cawangan-cawangannya. 

Tetapi disebabkan aura syiling tersebut sangat hebat.......sudah ada "orang" yang mula buat promosi atau cari pembeli di Facebook bermula pada 22 Jun lepas...... harga jangan tanya, mestilah dah "UP", sila rujuk dibawah atau gambar diatas: 
  1. Coincard RM30/pc (LIMIT 5PCS SEORANG) - BELI 5 FREE 1
  2. Set 2-in-1 RM400 <--- DAH UNTUNG RM200 
  3. Set 3-in-1 RM2220  <--- DAH UNTUNG RM220
Harga asal di Website BNM.....
  1. Coincard RM10/pc - BELI 1 DAPAT 1...KALAU BELI 2 DAPAT 2
  2. Set 2-in-1 RM200
  3. Set 3-in-1 RM1800 RM2000
Kalau BNM buat pengumuman lambat berkenaan pengeluaran/jualan syiling peringatan..... kita bising, marah, kutuk dan macam-macam lagi tapi bila BNM buat pengumuman awal..... macam ni pula jadinya.

Agak-agaklah Bro kalau nak buat duit pun........coverlah sikit. Kesian orang lain yang betul-betul nakkan duit syiling peringatan tu untuk dijadikan koleksi. Berapa orang agaknya yang Bro nak upah untuk beli syiling peringatan pada pagi ni??  :D

Aku boleh saja nak dedahkan nama orang yang berkenaan dalam blog my-koleksi tetapi aku tak nak buat macam tu.....biarlah dia fikir sendiri.

Kepada pemilik group yang ada perasan perkara seperti aku paparkan didalam group masing-masing selepas ini....harap dapat beri kerjasana dengan men"DELETE" post tersebut.   

Anda juga jangan lupa, lepas tengah hari nanti....cuba anda check di ebay, mudah dan FB..... selalunya akan ada orang jual duit syiling peringatan tersebut. Harga? jangan tanya, mesti dah "UP". :D

Relax lah dulu, tak payah nak gelabah sangat kalau tak dapat beli....take time. Anda jadikan masa "HOT" sebagai tempoh bertenang, kalau beli juga masa "HOT"..... anda kena bayar mahal dari biasalah jawabnya. :D

Kalau betul nak jadi "Collector" jadilah "Collector" yang berhemah.....jangan menyamar jadi "Collector" sementara yang boleh "membunuh" "collector" lain. Kalau ada lebih tak salah nak jual sebab "collector" pun kena pusing modal juga...kalau tak macam mana nak dapatkan koleksi yang belum ada.

Aku tulis benda ini bukan bertujuan hendak mencari salah orang lain tetapi hanya untuk mengingatkan sahaja. Aku pun dah check dalam group FB aku, tak ada pula yang buat posting seperti diatas atau mungkin aku terlepas pandang, nanti aku check semula......kalau ada, aku akan "DELETE".

Selamat Membeli Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

2 comments:

rezal said...

Salam,
Bro ralat sikit,harga asal set ni 3 in-1 ni bukan RM2000 ke?? yg single gold triple 9 baru RM1800

my-koleksi said...

Salam rezal

dah betulkan....thanks



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute