Cari Post lain disini

Friday, June 22, 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV

SYILING PERINGATAN SEMPERNA PERTABALAN AGONG DAH KELUAR

Terima kasih BNM kerana buat pengumuman awal, senang sikit nak buat perancangan nanti. Adakah disebabkan luahan aku dalam blog my-koleksi telah dibaca oleh pihak BNM? kalau jawapannya YA, terima kasih sekali lagi.

APA LAGI....DAH TAHU AWAL TU, JOM BERSEDIA UNTUK BERATUR. Cuti ni boleh start jogging sebagai persediaan 28 June nanti, mesti ramai yang akan datang......hehehee

Ref No : 06/12/05 
Embargo : Untuk Siaran Segera  

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Duit syiling peringatan ini telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.


2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping duit syiling peringatan ini telah ditempa.
Duit-duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set Tiga dalam Satu mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set Dua dalam Satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling

Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan imej Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dan nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian bawahnya. Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.


Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 Jun 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara Malaysia
22 June 2012

Sumber asal: Website BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute