Cari Post lain disini

Tuesday, October 30, 2012

1 Sen - Jimat dan SENang Kira.....Keuntungan!?!

Akhirnya ada juga masa aku nak update blog, sorry sebab lama menyepi. kali ni aku nak bawa pula kawan-kawan semua berfikir berkenaan 1 sen - Mengenai Mekanisme Penggenapan. seperti yang kita tahu BNM tidak lagi mengeluarkan duit syiling 1 sen dan kerajaan telah memperkenalkan Mekanisme Penggenap yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Jadual dibawah, memudahkan anda semua faham bagaimama ianya dilaksanakan;


Kalau tak faham juga boleh rujuk Soalan Lazim mengenai Mekanisme Penggenapan

Aku ada beberapa persoalan;
  1. Adakah wajar Mekanisme Penggenap tersebut dilaksanakan?
  2. Siapa yang untung dan siapa pula yang rugi?
Ok, disini aku lampirkan CONTOH resit pembelian yang aku dapat hari ni. Mungkin mudah sikit anda nak menjawab soalan aku diatas


Bagi perspektif kita sebagai collector....kalau sesuatu duit/wang kertas tersebut sudah tidak lagi dikeluarkan dan digunakan, ianya akan menjadi satu berita gembira kerana untuk jangka masa panjang kalau disimpan akan membuahkan hasil yang lumayan. 

Topik ini aku tulis bukanlah bertujuan untuk provokasi tetapi aku tak suka kalau ada pihak terutamanya peniaga runcit atau superduper market mengambil kesempatan dengan Mekanisme Penggenap yang kerajaan laksanakan. 

Aku rasa, pihak berwajib harus memantau aktiviti ini supaya tidak merugikan pembeli. Kalau dilihat resit diatas, peniaga boleh saja terus genapkan kepada RM35.95 (mungkin peniaga rugi kot) atau boleh terus "UP" harga kepada RM36.00 terus (yang ni peniaga suka). Kalau nak buat untung....buat untung terus, tak payah nak "cover-cover", berbudi bahasa dan bersopan santun bagai. 

Perkara tersebut dah lama berlaku tetapi kita sebagai pembeli sanggup "pejam mata" dengan alasan .....ala...... 1 sen saja bukan nak luak pun tetapi anda semua mesti ingat, kalau 1 sen setiap kali pembelian diambil untuk seorang pembeli......lama kelamaan perniaga yang buat mcm ni boleh kumpul dan dapat untung berjuta-juta-juta-jutaan. (since 2008 - sekarang)

Nampaknya, tambah lagi la bilangan JUTAWAN di Malaysia......

Kalau macam dibawah baru jimat dan pembeli pun untung. Peniaga?........dah tentu untung, berniaga apa nak rugi. hehehehe..........."win-win situation"



Jimat 2 sen


Apa pula kata anda?

KPDNKK .....sila buat pemantauan ke kedai-kedai runcit dan super duper market di sekitar Putrajaya, aku dah bagi "HINT"...Presint 9


1 comment:

Iaryylr said...

iaryylr lebih suka 1 sen digunakan, sebab ianya lebih jujur dan telus, kini 5sen pula jadi mangsa seperti 1 sen, ada pekedai dan pengguna tak mahu 5 sen. Tak mustahil 1 sen akan kembali dan urusan jual beli lebih diberkati...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute