Mr. Ri @ Lie @ Uptown Bank Note
Wah....Wah....Wah.... glamour kau sekarang Mr. Ri, gambar dah terpampang "manis" dalam Akhbar Sinar bertarikh 28 Januari 2013, lepas ni sudah pasti bertambah lagi rezeki dalam bidang Numismatik.
Aku kenal dengan Mr. Ri lebih kurang dalam tahun 2005 masa aku belajar di Shah Alam, walaupun masa tu kami baru saja kenal tetapi rasanya dah macam lama berkawan kerana dia adalah seorang yang ramah dan baik, kalau aku lepak dekat kedainya dulu ada saja benda yang berkaitan Numismatik akan dikongsi dengan aku. Sedikit demi sedikit ilmu berkaitan dengan aku pun bertambah selain dari membaca, bila dengar cerita dari orang lama dalam bidang Numismatik memang best.
Adakah anda pernah berkunjung ke kedai lama Mr. Ri? Dulu keadaan kedai Mr. Ri bukan macam sekarang.......kedainya agak becil dan ruangnya pun terhad, aku ingat lagi masa tu dia berkongsi dengan kedai jual Cincin (sebelah kiri) dan Buku (belakang). Kalau aku datang untuk jumpa atau beli koleksi masa tu pun malas nak lepak tapi.....aku lepak juga sampai 1 atau 2 jam, kadang-kadang aku tolong dia jual duit dekat kedai tu....tapi kalau orang datang ramai aku tukar pula jadi security guard, mana tau ada tangan merayap ambil barang.
Itulah Mr. Ri yang aku kenal dari dulu, sekarang kedainya dah besar dan selesa....siap dilengkapi dengan CCTV lagi. Semenjak aku jatuh moto pada 4 Disember 2012 sampai sekarang belum sempat lagi aku pergi lepak sana, kalau tak....boleh dikatakan 2 minggu sekali aku akan pergi sana untuk tengok kot-kot ada barang baru masuk untuk aku tambah koleksi. Mr. Ri teruskan usaha anda sebagai seorang "Collector" dan juga penjual Matawang Lama dan Baru, aku dan member-member lain akan terus bagi sokong.......tapi lepas ni kaau aku pergi beli barang aku nak diskaun 50% boleh?? :D
Selain Mr. Ri aku ada kenal sorang lagi "otai" Matawang iaitu Mr. Abdullah yang kini kalau tak silap aku telah berpindah ke Taiping. Dah lama juga aku tak contact........harap dia kenal aku lagi. Mr. Abdullah dulunya selalu berniaga Matawang Lama dan Baru Malaysia/Luar Negara di Car Boot Sale di seksyen 13 Shah Alam pada setiap hari Ahad. Ada siapa-siapa disini yang kenal? kalau tak kenal tu boleh baca disini Lambang apresiasi wang
Aku kenal dengan Mr. Ri lebih kurang dalam tahun 2005 masa aku belajar di Shah Alam, walaupun masa tu kami baru saja kenal tetapi rasanya dah macam lama berkawan kerana dia adalah seorang yang ramah dan baik, kalau aku lepak dekat kedainya dulu ada saja benda yang berkaitan Numismatik akan dikongsi dengan aku. Sedikit demi sedikit ilmu berkaitan dengan aku pun bertambah selain dari membaca, bila dengar cerita dari orang lama dalam bidang Numismatik memang best.
Adakah anda pernah berkunjung ke kedai lama Mr. Ri? Dulu keadaan kedai Mr. Ri bukan macam sekarang.......kedainya agak becil dan ruangnya pun terhad, aku ingat lagi masa tu dia berkongsi dengan kedai jual Cincin (sebelah kiri) dan Buku (belakang). Kalau aku datang untuk jumpa atau beli koleksi masa tu pun malas nak lepak tapi.....aku lepak juga sampai 1 atau 2 jam, kadang-kadang aku tolong dia jual duit dekat kedai tu....tapi kalau orang datang ramai aku tukar pula jadi security guard, mana tau ada tangan merayap ambil barang.
walaupun ruang terhad, barangan jualan masih tersusun
Inilah keadaan pada masa dahulu, ruang yang terhad digunakan dengan sebaik mungkin untuk mempamerkan barangan jualan
Bukan setakat Matawang Lama dan Baru saja ada jual di sana, barangan Ray-Ban dan lain jenama terkenal ada juga dijual
Gambar kedai baru Mr. Ri yang aku "culik" dari FB Uptown Bank Note
3 "kelab" yang dinyatakan diatas aku lihat aktif dengan aktiviti Jual Beli Matawang Lama dan Baru, kalau anda berminat nak beli duit lama secara online bolehlah "join" dan sambil tu boleh tambah kawan. Link seperti dibawah;
Kalau berminat nak join my-koleksi, sila klik FB Page dan FB Group. Aku akan share disana update info berkenaan Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru. FB dan blog my-koleksi terbuka yang sesiapa sahaja yang berminat.
Kepada Mr. Ri @ Lie @ Uptown Bank Note, nak minta sign dekat dada boleh?? hehehe....
1 comment:
Ajar aku cemana nak kasi orang tak boleh save /copy paste fambar
Post a Comment