Cari Post lain disini

Wednesday, March 27, 2013

My-koleksi Bukan Gabenor BNM

Header Baru blog my-koleksi - "my-koleksi Bukan Gabenor BNM"

Pelik betul tajuk aku kali ni kan? sebenarnya tak ada peliknya, memang betul aku Bukan Gabenor BNM......aku seorang Pengumpul Matawang Lama dan Baru. Kita sememangnya sudah tahu yang gabenor BNM hingga sekarang ada 7 orang dan hanya Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini) sahaja Gabenor Wanita dan ini jelas yang tidak ada Gabenor BNM bernama Aishah atau DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah boleh rujuk cerita dalam blog Dato Sharuddin - MEDALLION DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR SITI AISHAH. Itu semua karut dan jelas saja direka-reka ceritanya mungkin untuk tujuan tertentu.

Kali ni aku nak berkongsi pula video ringkas setiap Gabenor BNM dan diakhir setiap video tersebut ada ditunjukkan juga tandatangan mereka. Sebelum ini, aku pun dah ada tulis tajuk Tandatangan Tan Sri William Howard Wilcock iaitu gabenor BNM yang pertama dimana tandatangannya sebelum ni menjadi tandatanya kita semua. Belum ada lagi mana-mana blog Numismatik yang memaparkan tandatangan beliau cuma yang kita tahu hanya wajah dan cerita ringkat beliau, memang tidak ada dalam blog Numismatik yang menunjukkan tandatangan. Jadi, sebagai hadiah sokongan anda kepada blog my-koleksi, sila layan video dibawah.

Sekarang dah lengkaplah cerita ringkas Gabenor BNM dan tandatangan. Bagi yang belum tahu, sila baca baca dulu info seperti link dibawah sebelum aku "update" cerita dalam bentuk Video pula;
  1. Kenali Gabenor BNM dan Tandatangan
  2. The Legacy of Past Governors
Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)


Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)

Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)


Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)


Sorry, kualiti video kurang memuaskan. Biasalah.....rakaman tersembunyi amatur dari "panggung"

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute