Cari Post lain disini

Loading...

Friday, March 29, 2013

RM1 Lama Dalam Filem Rock Oo! - Rimba Bara Kembali

Adakah anda dah layan cerita Rock Oo!? best Oo! cerita tu, bagi yang belum tengok aku sarankan supaya cepat-cepat pergi tengok sekarang. Aku kalau cerita Mamat Khalid yang jadi pengarahnya memang aku suka layan........lain dari yang lain jalan cerita yang dipaparkan. Kali ni memang Mamat Khalid betul-betul buat kajian tentang dunia rockers sampaikan Kasut Aliph pun ada sekali dalam filem tu, cayalah.......nak tahu lagi pasai filem Rock Oo!, boleh baca sinopsis dekat www.kakiwayang.com

Aku sebenarnya bukan nak ulas berkenaan filem Rock Oo! tapi aku cuma nak tanya pengunjung blog my-koleksi, mana tahu ada yang boleh bagi jawapannya. Dalam Filem tersebut ada dipaparkan Wang Kertas Lama RM1, aku cuma nak tahu;
  1. Apa nombor Siri Wang Kertas Lama RM1 tersebut?
  2. Tandatangan Gabenor BNM yang mana satu?
  3. Boleh tak bagi aku simpan sebagai koleksi?

Amy Mat Piah terima RM1 dari seorang budak perempuan

Mengenang kisah lama

Amy Mat Piah dengan Wang kertas Lama RM1

Kalau aku dapat simpan Wang Kertas Lama RM1 yang dipegang oleh Amy Mat Piah sebagai koleksi mesti menarik, nilainya mesti meningkat pada masa akan datang. Pasai apa aku kata macam tu? sebab aku dah terpengaruh dengan "American Pickers" dan "Pawn Stars"

Mungkin aku kena tanya Que Haidar atau Mamat Khalid kot atau orang yang sediakan prob untuk filem Rock Oo! :D

2 comments:

Arif Shah said...

bro duit mcm tu sy ade, yg ismail md ali 3keping, yg aziz taha 4keping, semua unc https://www.facebook.com/photo.php?fbid=433687866704108&set=a.421528291253399.95858.100001886967385&type=3&theater

my-koleksi said...

salam Arif Shah;

Duit RM1 mcm tu saya memang ada simpan pun.

Cuma skrg ni saya berminat dgn duit RM1 yg digunakan dlm Filem tu utk dijadikan koleksi :D

Terima kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute