Cari Post lain disini

Loading...

Saturday, April 6, 2013

PERHATIAN - Koleksi Set of 2 Agong 2007 dan OIC 2003 Hilang

Mari kita TOLONG HEBAHKAN, pelbagai koleksi Numismatik milik seorang sahabat didapati hilang setelah rumahnya di pecah masuk. Maklumat tersebut aku dapat dari blog syilingperingatan.blogspot.com dan diantara koleksi yang hilang seperti gambar dibawah;

Set of 2 - Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII, no siri: 213

Set of 2 - Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 2003, no. siri: 0458

Walaupun aku tak kenal dan belum pernah jumpa dengan sahabat tersebut tetapi aku tetap nak tolong hebahkan juga kerana bagi aku sesiapa yang berada dalam kesusahan kita mesti menolongnya, nak-nak lagi dia juga meminati bidang Numismatik (satu geng dan minat lah ni)

Harap dapat hubungi terus pemilik asal barangan tersebut sekiranya anda ada maklumat atau terjumpa barang hilang diatas.

Lepas baca, marilah kita sama-sama bantu mengesannya.
  1. Check dalam mudah.myebay.com.my dan facebook.com (khas kepada yang menyediakan khidmat jual dan beli)
  2. Kepada peniaga Numismatik yang ada kedai sendiri, harap dapat beri perhatian kepada item yang dipaparkan diatas, kalau ada yang nak jual item tersebut tapi tak ada certificate. Mungkin boleh ambil "detail" penjual tersebut sebagai langkah awal.
Nasihat aku kepada sahabat-sahabat Numismatik, 
  1. Ambil gambar setiap koleksi Numismatik anda (aku memang buat).
  2. Minimumkan "info" berkaitan dengan anda dan koleksi yang disimpan.
Sekian, khidmat masyarakat my-koleksi

2 comments:

syiling peringatan malaysia said...

sebab tu aku pisahkan box, coa, dan coin...coin pula di simpan menggunakan khidmat syarikat safety box,

my-koleksi said...

salam Syiling peringatan malaysia;

memang cara kau buat tu terbaik....:D

x ada barang nak let go ka??

TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute