Cari Post lain disini

Sunday, September 1, 2013

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Sebanyak 1,000 keping ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set tiga dalam satu terdiri daripada duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini akan dijual pada harga RM2,000 dan terdapat 500 set sahaja. Set dua dalam satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini akan dijual pada harga RM200 dan terdapat 750 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling
Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Bahagian Hadapan
Imej bahagian hadapan Muzium Negara dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling.

2. Bahagian Belakang
Imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.


Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 2 September 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN MUZIUM NEGARA KE-50

Spesifikasi Teknikal

Nota:
Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Bank Negara Malaysia
31 Ogos 2013

Sumber: www.bnm.gov.my

Aku sememangnya dah menjangka yang syiling tersebut mungkin akan dijual pada 31 Ogos 2013 di Muzium Negara selepas majlis perlancaran seperti yang ditulis www.malaysiancoin.com . Kalau ikutkan hati, nak juga aku pergi majlis perlancaran tersebut semalam tapi nak buat macam mana ada jemputan rumah terbuka sedara mara.....jadi, piority no. 1 aku adalah sedara mara dan keluarga. Tak adalah gambar semasa pelancaran syiling tersebut dalam simpanan aku....hmmm.

Persoalannya disini.......aku dapat tak duit syiling tu, jawapannya.........aku cuma "SENYUM RIANG". 

Pandangan aku, lebih elok Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara ke-50 tersebut dijual pada hari yang telah ditetapkan oleh BNM sahaja iaitu 2 September 2013, tak perlulah ada Pra-Jualan.....cukup sekadar diberi kepada VIP yang hadir sebagai cenderahati sudah memadai. 

Tinjauan aku dalam ebay, mudah dan akhir sekali Facebook....inilah hasilnya

Sumber gambar - ebay

Sumber gambar - mudah

Sumber gambar - Facebook

Syiling Peringatan telah diborong oleh "mereka" selepas majlis perlancaran di Muzium Negara dan sudah pun ada "MEGA SALES" dan ada juga yang buat tayangan ala-ala MLM untuk mencari pembeli tapi bila ditanya.....buat-buat merendah diri "tak jual, nak simpan semua.......set ni cantik" :D. 

Pada 2 september 2013 (tarikh mula dijual BNM), aku nak berkunjung ke lokasi jualan berdekatan dan nak tengok sekali permainan apa pula yang bakal menanti disana. Tak hairan nanti, mereka yang sudah beli masa Majlis perlancaran akan datang lagi untuk tambah set. Nampak berbeza betul suasana membeli Syiling Peringatan sekarang kalau kita bandingkan dengan 10 tahun lalu. 

Aku cadangakan, jom kita lancarkan TEMPOH BERTENANG untuk Syiling Peringatan ini;
  1. Kita relax dulu untuk tempoh 1 atau 2 bulan -> golongan yang Newbie atau "Collector" sementara (mereka yang sekadar beli banyak-banyak untuk jual) akan jadi panik. 
  2. Kenapa pula nak PANIK -> duit dah banyak keluar tetapi barang tak boleh nak jual sebab tiada permintaan (disebabkan harga yang diletakkan terlalu tinggi).
  3. Tak kisah pun tak jual, janji barang ada -> sampai bila nak pegang barang banyak-banyak buat stok, duit beku (mungkin ada yang beli mengguna duit gaji bulanan) dan sebab itulah mereka akan cuba menjualnya secepat mungkin untuk mendapatkan balik modal. Anda boleh fikir sendiri, bila modal yang dikeluarkan + tidak ada untung atau pulangan.....apa yang akan terjadi?
Note: kalau duit banyak tak perlulah ikut cadangan, anda boleh abaikan....aku cuma sekadar berkongsi

Sekian, selamat berKOLEKSI

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute