Cari Post lain disini

Loading...

Monday, September 2, 2013

Tahniah BNM - Relax Membeli Belah Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara

Hari ni aku rasa sangat Relax dalam misi membeli Duit Syiling Peringatan 50 tahun Muzium Negara hinggakan aku tidak merasa sebarang tekanan dari awal aku pergi ke Sasana Kijang sampailah aku pulang semula ke opis.  Aku sampai opis pukul 8......lepak-lepak kejap, pastu aku check email kerja dan buat update sikit sebelum turun "cafe" lepak minum sementara menunggu "member' datang.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi baru aku gerak ke sasana kijang, sampai di sana lebih kurang dalam pukul 9 pagi.....masa tu ramai juga orang beratur.  Kalau orang lain mau berebut nak beratur sama tapi aku lain pula......boleh aku usha-usha dulu keadaan dalam Sasana Kijang seperti seorang mandor, kebetulan pulak hari ni aku berpakai "hensom". Bila dah habis semua kawasan aku melawat, siasat dan merisik.......barulah aku terkedek-kedek pergilah beratur untuk tujuan meminang pula.

Rasa sekejap pula aku beratur tadi.......lebih kurang dalam 10 lebih aku dah dapat beli, lepas tu aku pergi ke kedai cenderahati untuk dapatkan beg kerana BNM tak sediakan beg untuk simpan Syiling peringatan yang kita beli. Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada tujuan lain aku pergi kedai tu.....awek dalam kedai tu punyalah "kiut miut aku nak habaq kat hang pa semua", aku dok layan sembang dulu sementara nak dapatkan beg. Aku ingat bolehlah dapat beg tu free, rupa-rupanya kena beli sesuatu dulu baru boleh dapat beg. Dah terkena aku tapi awek punya pasal aku pun belilah "Key chain Kijang". Member aku hampeh betul.....dia beli pensil semata nak dapat beg, ada ka patut....hmmmm, tak pa....aku redha saja.  

Aku puji pengurusan BNM kerana dapat merancang dengan baik pergerakkan pembeli semasa proses membeli. Aku rasa selesa, tak panas dan tenang saja sepanjang menunggu giliran.

Cuma satu saja aku rasa kurang best (ni bukan sebab BNM tapi sebab aku kot), masa sampai giliran aku membeli......salah satu set yang aku dapat iaitu Perak Peruf, kotaknya ada kesan koyak sikit dekat bucu, bila buka pula sebelah dalam....kain yang putih yang ada LOGO dan tulisan Bank Negara Malaysia ada garis dan kotor sikit, jadi aku minta lah nak tukar. 

Pada mulanya, awek-awek BNM yang ada di kaunter jualan tak nak bagi aku tukar sebab mungkin diorang ingat aku nak pilih nombor siri yang menarik kerana masa aku buat pembayaran, aku ada minta diorang pilih nombor siri yang menarik.

Sebenarnya saudari-saudari awek yang lawa, aku dah tahu pun memang tak dapat nak pilih nombor siri menarik..... apa yang "YOU" bagi, itulah yang "I" kena terima......aku bukan kali pertama beli Syiling Peringatan di BNM.

Bila diorang tak bagi tukar, aku pun berilah sedikit penerangan ringkas kenapa aku nak tukar. Lepas tu barulah diorang setuju (keluar duit banyak-banyak mestilah nak yang terbaik) sebab aku nak tukar seperti yang aku tulis tadi (set pertama). Aku ingatkan boleh dapat yang lagi "cun", rupa-rupanya....
  1. Set ke-2 pun tak berapa lawa,  ada terkopek dibahagian tempat buka...pastu minta tukar
  2. Set ke-3 pula ada comot gam pada kotak, cuba gosok-gosok pun tak boleh nak tanggal
  3. Minta pula tukar set ke-4....riben pula terkoyak/berbulu dan macam nak tertanggal. 
  4. Sampai ke set ke-5, barulah dapat yang lawa sama macam awek yang jual syiling tu.....apa lagi terus simpan dan cergaskan diri turun tangga.
Masa set ke-5 tu ada abang badan ketak dah berdiri sebelah diorang, kalau yang tu aku tak ambil juga mau kena pelangkong kot (aku lawak saja)......hehehe

Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada saudari awek berdua, walaupun aku tahu diorang bengang dengan aku tapi mereka kena faham............aku sebagai pembeli berhak untuk dapat set yang terbaik, nak-nak lagi untuk syiling yang aku akan simpan sebagai koleksi.

Soalan aku kepada anda.......
  1. Syiling Peringatan anda macam mana pula?
  2. Ada tak kerosakan atau kecatatan??
  3. atau anda tak perasan langsung???
Nasiblah siapa yang tak perasan dengan apa yang di beli, aku sebagai "collector" memang kena teliti, kalau tak nanti kurang "stim"lah nak layan koleksi aku yang ada. Lainlah kalau aku beli dengan tujuan nak jual (dalam Mudah, ebay atau Facebook), asal dapat barang terus belasah saja ambil tanpa tengok dulu. Maklumlah, beli untuk buat duit.....ada apa hal :D

Itulah salah satu gelagat orang yang aku dapat lihat semasa membeli Duit Syiling Peringatan, nak cerita semua.....mau berkajang aku tulis. Cara diorang tengok set yang dibeli pun aku dah boleh agak yang itu "collector", Newbie atau "collector sementara" :D. Tudia........my-koleksi dah jadi "part-time" tukang tilik dah sekarang, berhati-hatilah anda....hehehe

Tadi ada juga yang datang mengenakan pakaian seragam dari "company" yang sama, beratur pula dekat-dekat dalam satu baris. Aku rasa mesti tolong beratur beli untuk "boss" diorang, balik tempat kerja nanti mungkin diorang akan dapat "bonus" untuk hari ini.......sorang RM50. Yahooooo!!!! pak cik Kayo.......kayoooo.......Kayoooooo!!!!

Aku bukan dengki atau iri hari dengan orang.......sebenarnya aku tak kisah pun korang nak beli banyak mana pun, asalkan jangan minta duit dengan aku sudah. Bagi siapa yang tak kenal aku, diorang tak tahu aku ni macam mana. Aku seorang "collector", apa yang aku tulis dalam blog my-koleksi adalah pandangan dari seorang "collector". 

Akhir kata....

Proses pembelian Duit Syiling Peringatan 50 tahun Muzium Negara adalah yang terbaik setakat ini........BNM teruskan usaha anda, idea kali ini sangat membantu kami para pembeli khasnya "Collector". 

2 comments:

Antik Aina said...

Salam bro,,, betul tu bro,, kalau nak jadi collector,, segenap segi kena teliti. Sedikit kecacatan akan menjejaskan nilai keantikannya atau ketulenan sesuatu barang. Dalam erti kata lain,, bukanlah kita cerewet tetapi kita berhak untuk cerewet kerana duit yang dilaburkan untuk membelinya bukannya sedikit.

Pejalan Angkasa said...

Salam bro, nasib baik gua beratur awal sikit, tu pun panjang menunggu. Kotak set pun cun jugak, xtaul klo tersorok ke kecacatan tersebut~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute