Cari Post lain disini

Wednesday, November 5, 2014

Medal Peringatan Bandaraya Kuala Lumpur 1 Februari 1972

Perkongsian kali ini adalah berkenaan Medal Peringatan yang dikeluarkan oleh Selangor Pewter Co. Sdn. Bhd. yang diperbuat dari 97% timah. Jumlah pengeluaran Medal tersebut tidak dapat dipastikan kerana ketika artikal ini ditulis tiada maklumat mengenainya dijumpai dalam buku mahupun 'internet'.

Apa yang menarik tentang Medal ini adalah cerita dan penerangan pada kad ditulis dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan kondisinya boleh dikategorikan sebagai UNC dengan bungkusan/kad asal yang tidak pernah dibuka.

Medal Peringatan Bandaraya Kuala Lumpur 1hb Februari 1972

Bila kita lihat bahagian hadapan Medal tersebut (rujuk ganbar kiri), rekabentuk yang sama jika dibandingkan dengan duit syiling $1 bandaraya Kuala Lumpur yang turut dikeluarkan pada tahun yang sama (1972). 

Bagi sesetengah orang yang bukan 'collector', mereka akan beranggapan Medal ini biasa-biasa saja tetapi bagi 'collector' ianya sangat bernilai sekiranya kita dapat mengumpul kedua-dianya sekali.

Duit Syiling $1 Bandaraya Kuala Lumpur 1972

Sekiranya anda ada maklumat lain berkaitan dengan Medal ini, harap dapat berkongsi dengan mykoleksi.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute