Cari Post lain disini

Tuesday, March 22, 2016

Rehat dari Blogging dan Aktiviti Numismatik

Kusut dan Serabut

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung dan pembaca blog mykoleksi, tak kisahlah anda pembaca setia ataupun tidak....mykoleksi merasa bangga dan tetap meraikan anda sebagai pembaca TERHEBAT. Usaha mykoleksi untuk menyuburkan lagi Hobi Numismatik di Malaysia rasanya sudah tercapai. Itulah sasaran utama mykoleksi sejak wujudnya blog mykoleksi.blogspot.com pada awal Januari 2008.

Sebenarnya, mykoleksi sekadar ingin memaklumkan yang kandungan dalam blog mykoleksi tidak akan di"update" untuk satu tempoh yang lama....mungkin sehingga bulan JUN 2016. kalau tak update juga bulan Jun, tak tahu lah bila sempat update.

mykoleksi juga akan hilang dari "radar/MD" dunia dan aktiviti Numismatik buat sementara waktu, mungkin mykoleksi tak dapat menghadiri apa-apa aktiviti numismatik contohnya "auction".....perasan betul mykoleksi ni "macam lah kau ni penting sangat, kau tak datang pun "auction" atau aktiviti Numismatik berjalan macam biasa juga"

Tetapi, anda jangan bimbang sekiranya ada masa terluang mykoleksi akan "update" cerita dalam blog ini secara "Backdate Posts" kerana terdapat hampir 50 tajuk yang belum di"publish"kan dan masih ada dalam "draft version" dan juga dalam "dokumen version". 

Sekiranya mykoleksi sempat "review", akan keluar satu persatu cerita dalam blog mykoleksi. Nak kata menarik atau tidak, anda boleh menilainya sendiri nanti....apa yang pasti mykoleksi suka cerita dengan gaya bersahaja dan inilah cara mykoleksi melepaskan "TENSION" dengan kerja hakiki.

Alhamdullilah, sehingga kini masih ada lagi yang sudi membaca blog mykoleksi walaupun infonya tidak seberapa. mykoleksi tak kisah sekiranya pembaca tak "LIKE" atau "ADD" mykoleksi dalam Facebook atau Twitter atau media sosial lain kerana mykoleksi menulis bukan untuk mengejar NAMA, POPULARITI, MENUNJUK KEHEBATAN, UNTUK SENANG DAPAT "BARANG" atau UNTUK "JOB" tetapi mykoleksi menulis dengan jiwa sebagai seorang Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia disamping ingin berkongsi cerita dan pengalaman dengan mereka yang mempunyai minat yang sama. Walaupun hakikatnya, koleksi mykoleksi tidak hebat mana pun......juga tak selengkap koleksi "Collector" lain diluar sana.

Ada siapa-siapa disini dapat membantu mykoleksi untuk berjumpa dengan Mr. Saran Singh, kalau ada.....harap dapat PM di facebook. Bukan tak boleh jumpa masa "Auction" atau semasa aktiviti Numismatik tetapi tak sesuai masa tu untuk mykoleksi berbincang atau bertanyakan sesuatu dengan beliau. Harap maklum....

mykoleksi ingin bertanyakan kepada anda.....

Bentuk penulisan Buku Numismatik bagaimana yang anda inginkan supaya dapat membantu anda dalam meningkatkan ilmu dalam Hobi Numismatik khasnya Matawang Lama dan Baru Malaysia? 

mykoleksi harap anda dapat tinggalkan pandangan atau maklumbalas anda dalam ruangan komen di blog atau facebook mykoleksi.

Terima kasih,

mykoleksi
Bukan Gabenor BNM Baru

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute