Cari Post lain disini

Wednesday, June 15, 2016

Pertandingan Mereka Bentuk Wang Kertas Peringatan

Bank Negara Malaysia akan menganjurkan pertandingan mereka bentuk wang kertas peringatan yang akan dikeluarkan pada tahun 2017. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti awam/swasta dan pereka bentuk profesional tempatan.

Dua reka bentuk terbaik akan masing-masing memenangi hadiah RM20,000 dan RM10,000.

Tarikh tutup penghantaran adalah pada 5 Ogos 2016.

Dua sesi taklimat akan diadakan bagi memberikan maklumat terperinci mengenai pertandingan ini. Kepada yang berminat, anda dikehendaki menghadiri salah satu daripada sesi taklimat yang berikut.

Tarikh : 16 Jun 2016 (Khamis) atau 17 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Theatrette

Museum and Art Gallery
Sasana Kijang
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Fahmi di talian 03-2698 8044 samb. 8899 atau Encik Zainal di 03-2698 8044 samb. 8458. 

Tanpa pendaftaran anda tidak dibenarkan sama sekali menyertai sesi taklimat ini.

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute