Cari Post lain disini

Tuesday, October 3, 2017

Gara-Gara Tandatangan Gabenor BNM Ke-8, Harga Pen Pun Boleh Mencecah RM2000 Sebatang

Tajuk kali ini rasanya macam agak pelik, kenapa pula harga sebatang pen boleh mencecah RM2000 sebatang. Apa kaitan dengan tandatangan Gabenor BNM ke-8 Datuk Muhammad bin Ibrahim, mykoleksi betul-betul melampaulah.

Sabar dulu kawan-kawan, baca cerita yang mykoleksi nak kongsikan disini sampai habis. Jangan hanya baca tajuk saja dan terus buat 'conclusion', kita sudah sedia maklum dan tahu banyak cerita berkaitan gabenor BNM ke-8, beliau sekarang sangat popular hinggakan gerak-geri beliau diperhatikan oleh semua ahli dan bukan ahli Numismatik.

mykoleksi suka tengok gaya rambut beliau yang sangat menarik dan beliau juga nampak "friendly".

Kita memang sudah sedia maklum yang tandatangan beliau sudah pun lama tersebar luas melalui Wang Kertas/Polimer, pendek kata semua cerita yang ada kaitan dengan beliau kita dah tahu tetapi cuma satu saja cerita yang anda belum tahu dan orang lain pun belum kongsi iaitu.......

Cerita apa ya? Suspen ni

Agak-agak anda, apa cerita yang BNM masih rahsiakan? BNM tak tahu ke yang bagi kita, beliau dan gabenor-gabenor BNM yang lain adalah artis dalam dunia Numismatik.

Adakah anda setuju?

Kalau anda tak bersetuju dengan kenyataan mykoleksi pada hari ni, mykoleksi rasa nak "stop" disini sahaja penulisan berkaitan pen yang berharga RM2000 sebatang, biar semua melepas. Malas mykoleksi nak tulis sebab tak ada "support".

Ini bukan satu ugutan tetapi hanya sekadar gurauan, cuaklah tu. :D

Anda sudah pasti kenal bentuk tandatangan dibawah, mykoleksi rasa tidak perlulah untuk mykoleksi beria-ria nak cerita dari mula. Apa yang anda boleh agak untuk bahan cerita kali ini?

Tandatangan Gabenor BNM Ke-8 Merupakan Tandatangan Gabenor BNM yang Terpanjang dan Ber'bin' Pertama di Malaysia/Malaya

Ok....anda tak payahlah nak pening-pening kepala fikir, mykoleksi sudah pun sediakan maklumat untuk anda. Topik kali ini ringkas sahaja sebenarnya, mykoleksi yang saja suka-suka buat bagi nampak komplek.

Bila mykoleksi selidiki, rupanya ada satu rahsia disebalik tandatangan yang halus, kecil dan comei itu. mykoleksi telah terjumpa semasa membuat lawatan sambil belajar ke Gelari Bank Negara Malaysia.

Nampak tak? bezanya mykoleksi dengan anda semua, kalau pergi ke Sasana Kijang bukan semata-mata nak beli Duit Syiling Peringatan sahaja. Selain "mengorat" awek yang ada di sana mykoleksi juga akan buat lawatan ringkas ke setiap galeri yang ada dan melihat apa-apa info baru yang boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog mykoleksi. 

Lihatlah betapa tegarnya mykoleksi dalam hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia/Malaya, sampaikan benda yang korang tak terfikir pun mykoleksi kaji. Sekiranya mykoleksi ingin mencari jawapan atau ingin tahu sesuatu, mykoleksi akan cuba dengan sebaik mungkin untuk mendapatkkannya. Ianya menjadi satu kepuasan peribadi bila dapat berkongsi cerita menarik dengan orang lain.

Tandatangan boleh dikatakan menjadi identiti seseorang selepas cap jari, tidak hairanlah kenapa sekarang para pemgumpul akan berusaha untuk dapatkan tandatangan penulis, pereka, pencetus idea atau orang-orang penting untuk apa-apa sahaja barangan koleksi mereka dengan harapan suatu hari nanti harganya akan meningkat dan 'RARE'.

Berbalik kepada cerita pen tadi, rupa-rupanya Gabenor ke-8  hanya menggunakan pen mata bulat jenama BiC (FINE SABS 785) untuk menandatangani Wang Kertas/ Polimer Malaysia sekarang. 

Itu saja sebenarnya mykoleksi nak kongsikan pada kali ini, yang tulis panjang lebar di atas tu hanya "pendahuluan kata". Berkenaan harga pen RM2000 sebatang pula, sebenarnya mykoleksi saja syok-syok letak. Kebiasaannya orang akan tertarik dan suka baca kalau tajuk ada letak RM ribu-ribu. Siapa tak suka duitkan?

Tetapi kalau betul pen yang dipamerkan itu adalah pen yang digunakan oleh gabenor BNM ke-8 untuk menandatangani Wang Kertas/Polimer Malaysia sekarang, tak mustahil harganya pen tersebut boleh mencecah RM2000 sebatang malah silap-silap boleh sampai RM1 juta sebatang kalau BNM buat bidaan. Siapa tahu? orang Malaysia kan kaya-kaya belaka, "Cash is King" kong. Tolong jangan kecam mykoleksi, kalau kecam juga mykoleksi akan merajuk seminit :D

Sekiranya anda rajin melawat Sasana Kijang terutama sekali Galeri Bank Negara Malaysia, anda akan dapat pelbagai maklumat berkaitan Numismatik walaupun kadang-kadang maklumat yang ada disediakan seperti "melepaskan batuk ditangga" (uhuk uhuk uhuk) atau senang cakap asal ada saja. 

Oklah tu dari tak update atau tak ada langsung.


Dalam almari kaca itulah tersimpan rahsia pen mata bulat yang digunakan oleh Gabenor BNM Ke-8 untuk menandatangani Wang Kertas/Polimer yang kita gunakan sekarang.


mykoleksi "zoom" sikit lagi supaya anda boleh nampak rupabentuk pen mata bulat keramat berwarna Biru-Kuning itu. 

Terus terang mykoleksi masih rasa curiga dengan pen yang dipamerkan, betulkah pen tersebut digunakan oleh Gabenor BNM ke-8, Datuk Muhammad bin Ibrahim untuk menandatangani Wang Kertas/Polimer sekarang? tah-tah beli di mana-mana dan kemudian letak dalam almari tu. 


Bagi mykoleksi elok maklumat yang disampaikan lebih jelas dan disertakan dengan bukti lain seperti gambar ketika Datuk Muhammad bin Ibrahim sedang menandatangani Wang Kertas/Polimer Malaysia yang pertama atau video. 

Sekiranya pen yang dipamerkan itu bukan pen yang sama digunakan semasa tandatangan, tulis saja "replika" atau "pen model/jenis ini". 

mykoleksi harap anda faham apa yang cuba disampaikan. 


Anda boleh nilai sendiri penerangan untuk pen tersebut, nampak hambar dan kurang bermaklumat. mykoleksi rasa pihak yang berkenaan tak perlu nak acah-acah atau takut-takut seperti yakin tak yakin saja dengan maklumat yang hendak disampaikan. 

Rasanya maklumat tersebut bukan diketegorikan "RAHSIA" tahap tinggi, sila bina keyakinan diri anda dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan berfikirlah secara lebih kreatif dan inovatif supaya pengunjung mendapat maklumat yang tepat. 


Cuba anda buat perbandingan dengan maklumat pen yang digunakan oleh Gabenor BNM ke-7 pula, anda boleh baca Rahsia Sebatang Pen dan Tandatangan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz Pada Wang Kertas Malaysia.

2 comments:

TMC said...

Wah...info yg menarik

my-koleksi said...

Terima kasih masta Anizam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute