Cari Post lain disini

Sunday, May 13, 2018

Bakal Gabenor BNM Menurut Teori Fenomena RM20 Prefix BV dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Selepas berlaku tsunami dalam PRU14, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tun M) telah dilantik sekali lagi untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Perlantikan beliau sudah pasti akan berlaku rombakkan besar-besaran bagi semua institusi penting kerajaan, GLC dan lain-lain yang berkaitan. 

Semasa Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke-4 pada tahun 1981-2003 beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri antaranya adalah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. 

Itulah secara ringkas tentang Tun M, tabik spring mykoleksi dengan beliau kerana dalam usia sudah mencecah 93 tahun masih mampu menggalas tanggungjawab yang berat demi Agama, Bangsa dan Negara kita Malaysia.

Fakta diatas itu hanyalah sekadar selingan sahaja sebelum kita pergi kepada perkara lain yang lebih penting untuk dibincangkan.

Adakah keputusan PRU-14 ini juga akan memberi perubahan untuk jawatan nombor 1 di Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu Gabenor?

mykoleksi berpendapat, kemungkinan besar akan ada perubahan untuk jawatan Gabenor BNM tetapi masih terlalu awal untuk menulis mengenainya kerana perkara ini terlalu sensitif. Lebih baik mykoleksi mengelak dahulu untuk menulis lebih lanjut tentang perkara ini tapi kalau mykoleksi sekadar ingin berkongsi teori biasa rasanya boleh kan? Apa-apa pun kita kena tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku selepas ini. 

Sekiranya betul berlaku perubahan untuk jawatan Gabenor BNM seperti yang mykoleksi fikir sekarang, nampak gayanya hobi Numismatik Malaysia akan kembali meriah dan sudah pasti wang kertas dan Duit Syiling Peringatan tandatangan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim (Tan Sri MBI) dicari dan disimpan oleh peminat hobi Numismatik.

Mungkinkah teori fenomena prefix BV (wang kertas RM20) tahun lepas memberi gambaran awal yang Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan dilantik semula sebagai gabenor BNM ke-9?

Mungkin itu hanya kebetulan saja terjadi disebabkan kesilapan mencetak tandatangan Gabenor untuk wang kertas RM20, kalau merujuk pada denominasi lain tidak pula jumpa masalah sebegitu. Anda boleh rujuk gambar dibawah. 

Wang Kertas RM20 Prefix BV yang ditandatngani oleh Tan Sri Muhammad bin Ibrahim - sumber gambar: Google

Di bawah pula adalah senarai prefix untuk wang kertas RM20 di mana prefix BV (Tan Sri Muhammad bin Ibrahim) berada dalam senarai prefix yang sepatutnya ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Gabenor BNM Ke-7)

Senarai Prefix Wang Kertas RM20, - sumber gambar: Google

Siapakah individu yang bakal memegang jawatan sebagai Gabenor BNM ke-9 nanti?

mykoleksi hanya terfikir 2 nama besar yang bakal mengantikan Tan Sri MBI untuk meneraju BNM.

1. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Gabenor BNM ke-8 (Tan Sri Muhammad bin Ibrahim) Bersama Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu Gabenor BNM Ke-7 - sumber gambar: Google

Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz adalah individu yang mykoleksi lihat sangat sesuai dilantik sebagai Gabenor BNM ke-9 kerana beliau mempunyai 16 tahun pengalaman dalam menerajui BNM. Perlantikan semula beliau akan lebih melancarkan lagi proses 'pemulihan' negara yang dirancang oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Tun Dr. Mahathir.

Seperti yang kita sedia maklum, beliau buat masa sekarang dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan selama tempoh 100 hari bersama-sama bekas Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan), Tan Sri Hassan Merican (bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas), Tan Sri Robert Kuok (tokoh korporat) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi terkemuka negara).

Sekiranya beliau dilantik sebagai Gabenor BNM ke-9, sudah pasti beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diberi dengan baik bagi memastikan Negara Malaysia terus berkembang maju dan masalah yang sedang dihadapi oleh Negara kita juga dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Sebelum ini beliau telah mencadangkan nama Tan Sri MBI sebagai pengganti beliau, apa salahnya kali ini Tan Sri MBI buat perkara yang sama pula.

mykoleksi rasa tak salah jika beliau dipilih buat kali ke-2 sebagai Gabenor BNM, kita dah ada atau pernah jumpa 'kes' macam ni:
  1. YDP Agong
  2. Perdana Menteri Malaysia
  3. Menteri Besar Kedah

2. Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus


Tiga Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (dari kanan) Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus, Datuk Muhammad Ibrahim dan Dr. Sukudhew Singh - sumber gambar: Google

Semasa Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti memegang jawatan sebagai Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah merupakan salah seorang daripada 3 Timbalan Gabenor. Setelah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti tamat tempoh perkhidamatan pada 30 April 2016, beliau telah mencadangkan Datuk Muhammad bin Ibrahim (sekarang Tan Sri) sebagai penganti beliau.

Semasa Tan Sri MBI memegang jawatan Gabenor BNM, beliau hanya menpunyai 2 Timbalan Gabenor (merujuk pada 2 Mei 2016) iaitu Datuk Nor Shamsiah dan Dr. Sukudhew Singh. Bila kita merujuk cara perlantikan sebelum ini, nampak gayanya Datuk Nor Shamsiah mempunyai peluang sebagai gabenor BNM ke-9.

Tan Sri MBI boleh mencadangkan nama Datuk Nor Shamsiah atau Dr. Sukudhew Singh sebagai pengganti beliau kerana kedua-dua timbalan beliau mempunyai kelebihan masing-masing.  

Sekiranya Datuk Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor, mykoleksi yakin beliau juga mampu mengalas tangungjawab tersebut dengan baik kerana sebelum ini beliau pernah terlibat dalam dasar dan juga pelan induk yang melibatkan sektor kewangan. 

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih gambaran.

Datuk Nor Shamsiah Pernah dilantik Sebagai Timbalan Gabenor Semasa Gabenor BNM ke-8 - merujuk gambar yang diambil pada tarikh 2 Mei 2016, 1:12AM

Tan Sri Muhammad bin Ibrahim adalah antara 3 Timbalan Gabenor yang telah dilantik Semasa Tan Sri  Dato Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memegang Jawatan Sebagai Gabenor BNM - merujuk gambar yang diambil pada tarikh 29 April 2016, 11:38AM

Sekiranya berlaku perubahan jawatan Gabenor BNM seperti yang mykoleksi jangkakan, kami peminat hobi Numismatik menerima dengan hati terbuka. Nampaknya akan bertambahlah koleksi wang kertas dan Duit Syiling Peringatan ditandatangani oleh gabenor BNM baru pula.

Dalam masa yang sama juga akan berlaku permintaan tinggi kepada wang kertas dan Duit Syiling Peringatan tandatangan Tan Sri MBI terutama sekali wang kertas RM20 prefix BV yang dikatakan 'RARE' oleh sesetengah peminat hobi Numismatik.

Apa tunggu lagi, jom kita memburu wang kertas RM20 prefix BV.

Pesanan mykoleksi, nak memburu tu boleh tapi jangan terlalu mengharap untuk buat duit dengan cara yang mudah. Nak duit lebih kenalah banyak berusaha.

Yang bukan bakal Gabenor BNM ke-9,
mykoleksi

1 comment:

Unknown said...

Tapi dekat saya ada wang kertas rm20 siri BW..tanda tangan MBI..rare ka dak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute