Cari Post lain disini

Thursday, April 19, 2018

Medallion Peringatan Bersempena Pameran dan Persidangan 30 tahun Defence Service Asia (DSA) 2018

mykoleksi yang Kacak di Pameran dan Persidangan DSA 2018

Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia/Defence Service Asia (DSA) 2018 kali ke-16 telah berlangsung pada 16 sehingga 19 April 2018 di MITEC. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung, untuk makluman anda DSA 2018 hanya boleh dikunjungi oleh mereka yang terlibat atau ada kaitan dengan bidang Pertahanan sahaja.

Sebenarnya sudah 30 tahun DSA dianjurkan (1988 - 2018) tapi inilah kali pertama mykoleksi berpeluang untuk pergi dan merasai sendiri kehebatan DSA 2018. Punyalah susah untuk masuk ke pameran tersebut, bukan kerana ramai orang tetapi mykoleksi diminta untuk mengisi borang dan ditanya pula pelbagai soalan dikaunter pendaftaran sebelum mykoleksi mendapat PASS.

Pass mykoleksi 

Mari kita sama ambil tahu sikit cerita DSA 1988:
  1. Pameran dan Pesidangan DSA bermula tahun 1988 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan pada 23 -26 Mac 1988.
  2. Sebanyak 394 buah syarikat telah menyertainya DSA 1988 dengan kawasan pameran seluas 6,000 meter persegi. (sumber maklumat: Pameran DSA 2014 @ Utusan Live)
  3. DSA diadakan setiap 2 tahun sekali, ini bermakna pada Pameran dan Persidangan DSA akan datang adalah pada tahun 2020. 
DSA 1988 di PWTC (Sumber Gambar twitter@mindefmalaysia)

Mykoleksi rasa tidak perlul lagi nak cerita panjang lebar berkenaan DSA 2018, kebanyakkan peminat Numismatik yang mykoleksi kenal bukannya minat dengan peralatan dan perkidmatan pertahanan. mykoleksi tahu anda tertunggu-tunggu cerita berkenaan Medallion Peringatan.

Apa yang menarik di Pameran dan Persidangan DSA 2018 pada kali adalah Medallion Peringatan Bersempena 30 Tahun Defence Service Asia (DSA) 2018 atau lebih tepat lagi "30 YEARS IN THE DEFENCE SHOW BUSINESS 1988 - 2018". Ianya sangat dekat dengan kita yang meminati Hobi Numismatik.

Medallion Peringatan tersebut buat kali pertama dikeluarkan oleh DSA dan sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan (non-profit organisation) iaitu Institut Onn Ja'afar (IOJ) diberi tugas untuk menjual Medallion Peringatan 30 tahun Defence Service Asia (DSA) 2018 sepanjang Pameran dan Persidangan tersebut berlangsung.

Dibawah adalah sedikit maklumat yang telah dikongsikan oleh pihak/sukarelawan IOJ dengan mykoleksi tentang Medallion Peringatan tersebut:
  1. Jumlah tempaan/pengeluaran Medallion tersebut 4000 keping dan dianggarkan terjual lebih 1600 keping.
  2. Hasil daripada Jualan Medallion tersebut akan digunakan untuk kerja-keja amal anjuran IOJ.
  3. Diameter Medallion adalah 50mm dan ketebalannya adalah 3mm.
  4. Medallion tersebut dibuat daripada 'zinc-alloy".
  5. Medallion tersebut di datang dalam kotak baldu (100mm x 100mm x 33mm) dan kapsul (untuk Medallion) serta kad terima kasih.
  6. Tidak ada Certificate dan Nombor Siri untuk Medallion tersebut.
Rekabentuk Muka Hadapan dan Belakang Medallion Peringatan DSA 2018

Gambar kanan: Muka hadapan yang memaparkan logo rasmi DSA 2018 dan tulisan "16th DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION & CONFERENCE SINCE 1988, 16 - 19 APRIL 2018, MITEC KUALA LUMPUR MALAYSIA".

Gambar kiri: Muka belakang yang memaparkan nombor 30 saiz besar (nampak macam tulisan 'Arial + Bold') dan di tengah-tengah nombor '0' pula ditulis perkataan "YEARS IN THE DEFENCE SHOW BUSINESS 1988 - 2018".

Medallion Peringatan DSA 2018 yang Lengkap Didatangkan Sekali Dengan Bekas Baldu yang Cantik dan Kad Ucapan Penghargaan Terima Kasih

Harga jualan Medallion Peringatan DSA 2018 adalah RM50 sekeping tetapi pada hari terakhir DSA 2018 (19 April 2018) harganya telah diturunkan kepada RM25 sekeping. Sebarang perubahan harga pada atau selepas tarikh 19 April 2018 adalah tertakluk kepada pihak keputusan IOJ.

mykoleksi telahpun membeli 2 keping Medallion Peringatan tersebut untuk dijadikan koleksi Numismatik terkini. Rugi kalau anda tidak membelinya.......

Sekiranya anda berminat untuk membeli Medallion Peringatan DSA 2018, sila berhubung terus dengan wakil IOJ iaitu En. Mohd Nassif di talian 010-652 7787.

mykoleksi ingin mengajak semua peminat Numismatik untuk memberi sokongan kepada usaha murni pihak IOJ dengan membeli Medallion Peringatan tersebut untuk dijadikan sebagai koleksi Numismatik. Setiap pembelian anda secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada pihak IOJ dalam menjalankan kerja- kerja amal mereka.

Maklumat lanjut berkenaan kerja-kerja amal yang dijalankan oleh IOJ, sila rujuk Facebook Institut Onn Ja'afar atau http://institutonnjaafar.com

APA TUNGGU LAGI, JOM KITA MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG KEPADA KERJA-KERJA AMAL IOJ.

Jutaan terima kasih mykoleksi ucapkan kepada staff dan sukarelawan IOJ diatas layanan mesra semasa mykoleksi singgah di booth anda walaupun mykoleksi masa tu agak cerewet memilih Medallion Peringantan DSA 2018.

Syabas mykoleksi ucapkan kepada pihak DSA dan IOJ diatas usaha murni anda, mykoleksi ada mencadangkan beberapa perkara kepada pihak IOJ sekiranya mereka masih ingin mengeluarkan Medalllion Peringatan Bersempena DSA yang akan datang. Di antara cadangan mykoleksi adalah:

  1. Sediakan 'Certificate'/Sijil Pengesahan berserta nombor siri untuk setiap Medallion Peringatan - boleh buat lelongan untuk Medallion Peringatan dengan nombor siri menarik.
  2. Sedikit penerangan ringkas tentang Medallion tersebut berserta tandatangan 'Orang Nombor Satu' DSA di ruang yang terdapat pada 'Certificate'/Sijil Pengesahan.
Merujuk kepada cadangan mykoleksi itu, mungkin peminat numismatik akan berminat untuk membelinya walaupun ianya hanya Medallion Peringatan.

mykoleksi sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan bersama staff/sukarelawan IOJ yang sangat TERBAIK.

mykoleksi Bergambar Kenangan dengan En. Hamzah, Rugi Tak Dapat Bergambar dengan En. Mohd Nassif Sebab Tidak Dapat Dikesan Radar

Sukarelawan/staff IOJ Bersedia untuk Berjalan Di sekitar Pameran dan Persidangan DSA 2018 dengan Membawa Medallion Peringatan untuk Dijual Kepada Pengunjung

Booth IOJ yang Berada Di tingkat 1 Bersebelahan Dengan Pintu Masuk Pameran

Pemandangan Booth IOJ Dari Tingkat 3

Semoga kita berjumpa lagi di Pameran dan Persidangan DSA akan datang, tak sabar rasanya untuk tunggu 2 tahun lagi.

Sekian,

Yang suka berkongsi cerita Numismatik,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute