Perkongsian ringkas mykoleksi kali ini adalah berkenaan sekeping wang kertas RM1 (Tan Sri Dr. Zeti Aziz) bersama-sama tandatangan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun).
Wang kertas tersebut sebenarnya digunakan oleh Perdana Menteri ke-4 (ketika itu) dan ke-7 (sekarang) semasa membeli tiket monorail dan kemudian diabadikan sebagai tanda ingatan sempena majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang.
mykoleksi rasa anda semua belum pernah tahu cerita ini, tak sangka pula yang KL Monorail ada menyimpan satu khazanah Numsmatik berharga yang boleh buat mykoleksi cemburu. Apa yang mykoleksi boleh katakan, idea mereka (KL Monorail) boleh dianggap menarik dan unik jika dibandingkan dengan majlis perasmian lain....asyik-asyik potong reben, lepaskan belon dan gimik-gimik lain yang membosankan.
Sayang betul sebab gambar yang mykoleksi perolehi daripada laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia kurang jelas. Jadi, tak dapatlah untuk mykoleksi baca apa yang ditulis diantara wang kertas RM1 dan tandatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nanti, mykoleksi akan cuba dapatkan gambar yang lebih jelas.
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad bergambar bersama tiket monorail pertama yang dibeli sendiri oleh beliau sempena majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Wang kertas satu ringgit yang digunakan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad membeli tiket monorail diabadikan sebagai tanda ingatan sempena majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad melambai kepada orang ramai yang hadir memeriahkan majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad mencuba mesin slot tiket monorail di majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga antara penumpang pertama yang berpeluang menggunakan perkhidmatan monorail sempena majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga antara penumpang pertama yang berpeluang menggunakan perkhidmatan monorail sempena majlis Pembukaan Rasmi KL Monorail di Bukit Bintang
Perkhidmatan monorail yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad mula beroperasi menghubungkan orang ramai dengan destinasi mereka di kotaraya
Perkhidmatan monorail yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad mula beroperasi menghubungkan orang ramai dengan destinasi mereka di kotaraya
Sejarah Ringkas Stesen Monorail Bukit Bintang
- Stesen Bukit Bintang (Stesen Air Asia Bukit Bintang) merupakan sebuah stesen Monorail dalam aliran Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail) yang telah dirasmikan pada 31 Ogos 2003 oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun).
- Lokasinya pula adalah di pusat bandar raya Kuala Lumpur (segi tiga emas) yang menempatkan pusat beli-belah Bukit Bintang.
- Stesen tersebut dibina di atas Jalan Sultan Ismail, di selatan persimpangan Jalan Sultan Ismail - Jalan Bukit Bintang.
- Terdapat tiga pintu masuk keluar untuk stesen ini iaitu satu yang turun ke sebelah barat Jalan Sultan Ismail, satu pintu ke dalam Plaza Sungei Wang dan satu lagi ke dalam Lot 10, melalui jejantas.
Sumber gambar: www.penerangan.gov.my
No comments:
Post a Comment